“Ingat diri kita asl dri mana..” Tokti Tahan Sebak Depan 5 Selebriti Master In The House Malaysia- Lubuk Viral

Selesai tugasan di Korea bersama Master tersohor K-Pop Idol yang menjadi pujaan ramai iaitu Bam Bam, kini lima selebriti Master In The House Malaysia (MITH) akan diberi tugasan lain bersama Master legenda Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pasti ramai tak sabar menunggu cabaran minggu ketiga ini! Setiap minggu ada sahaja gelagat lucu dari Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam dalam MITH.

Antaranya Andi Bernadee mengajar Bam Bam bercakap Bahasa Malaysia, Meyrasam dengan gelagat lucu menyakat Bam Bam dan banyak lagi yang menghiburkan.

Kali ini jom kita lihat tugasan yang bakal diberikan oleh Siti kepada mereka. Dalam satu sesi perkongsian, Siti yang menceritakan pengalamannya kepada lima selebriti ini menahan sebak. Apakah agaknya yang dikongsikan oleh Siti?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Adakah tugasan mereka semakin mencabar? Permainan apa pula yang akan diberikan kepada mereka? Boleh atau tidak mereka selesaikan tugasan mereka?

Tentu ramai tertunggu-tunggu melihat gelagat mereka kerana tugasan yang diterima adalah berlainan daripada bidang mereka! Jika mereka tidak dapat menyelesaikannya, mereka akan dikenakan denda yang di luar dari jangkaan mereka. Pastinya lucu!

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Jangan ketinggalan menyaksikan Master In The House Malaysia episod ketiga bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini pada pukul 10.00 malam hanya di TV3.

Jika terlepas, jangan risau kerana anda boleh menyaksikannya secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan Youtube TV3Malaysia Official.

Gunakan #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial.

Komen Netizen :  

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Google, IG Tokti, xtra