Muka Bayi Selalu Tak Puas Hati, Suami Pernah Pesan Isteri Jangan Stress Sangat Masa Meng4ndung – Lubuk Viral

Orang Melayu memang sinonim dengan pelbagai adat dan pantang larang dalam kehidupan seharian yang diamalkan sejak turun temurun. Walaupun ada pantang larang kedengaran pelik, namun tetap diamalkan oleh sesetengah orang. Bagi ibu mengandung, ada yang cakap jangan stress nanti anak keluar pun stress jugak!

Masin mulut suami

Mungkin itulah yang terjadi kepada pengguna Tiktok @umacikoo yang tidak menyangka ungkapan yang sering kali keluar dari mulut suaminya menjadi kenyataan.

 

Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok miliknya, wanita itu berkongsikan gambar bayi lelakinya yang sehingga kini sering menunjukkan riak muka berkerut, seperti tidak berpuas hati.

Husband ada pesan time pregnant jangan stress-stress nanti baby pun stress. Lepastu nah muka (anak) tak puas hati tengok orang. Sampai sekarang muka tu masih berkerut saja.

Video tersebut setakat ini mengumpul sejumlah 1.6 juta tontonan di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan muka ‘stress’ bayi comel ni.

Komen Netizen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Tiktok