“Artis Hln4 Ke, Sampai Saya Tk Boleh Kahwin Dengan Artis…” Zizan Razak- Lubuk Viral

PERNAH meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun, pelakon dan pengacara Zizan Razak menganggap belum diberi rezeki untuk berumah tangga.

Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak, 37, bagaimanapun reda dan bersyukur dikurniakan rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun ini reda dengan takdir Allah yang memberi rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.

“Saya tak pernah kongsikan sebelum ini… ikutkan sasaran saya nak kahwin masa umur 25 tahun. Saya cuba dan pernah nak kahwin, tapi tak menjadi.

“Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir.

Zizan bakal bergandingan dengan MK dan Daiyan menerusi telefilem baru.

“Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur,” katanya kepada mStar.

Zizan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Zizan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Chubb E.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini mengakui dia menyerahkan soal jodoh kepada ibunya, Anai Ibrahim.

Bagaimanapun, Zizan meluahkan rasa kesal dengan segelintir peminat yang menasihatinya agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti.

Zizan serah soal jodoh kepada ibunya.

“Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.

“Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis… kenapa artis hlna ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

“Anis pun manusia juga… seteruk mana pun orang itu, kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Jangan tegur orang seperti kita tak buat d0sa,” ujarnya.

Sumber : Mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://transformasi.pw/