Oyen Pusing Keliling Rumah Dalam Plastik, “Datang Dah Perangai…” – Lubuk Viral

Setiap kali sebut tentang si oyen atau kucing berwarna oren, yang muncul di fikiran tentunya cerita-cerita tentang kenakalan mereka sahaja. Sama macam gelagat si oyen ini yang sibuk berpusing di keliling rumah dengan memasukkan badannya di dalam beg plastik.

Gelagat lucunya ini turut membuatkan ramai yang berdekah melihatnya ditambah pula dengan rupanya yang kelakar ini. Dalam masa yang sama, netizen turut berseloroh tidak berasa hairan lagi melihat si oyen berkelakuan aneh seperti ini lagi.

@ari.yaaaa datang dah perangai ??‍♀️??‍♀️??‍♀️??‍♀️??‍♀️ #catsoftiktok #cutiepie #fy ♬ original sound – 아리.야

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen yang bermain dengan beg plastik yang dijumpainya itu. Biasanya kucing memang cukup pantang melihat beg plastik di mana mereka memang suka bermain dengannya.

Lebih melucukan, si oyen siap memasukkan badannya ke dalam beg plastik itu dan berjalan-jalan di dalam rumah. Turut dapat dilihat, imej plastik putih yang bergerak dengan sendiri di mana rupanya terdapat si oyen di dalamnya.

kucing

Pemiliknya kemudian membantu mengeluarkan si oyen dari beg plastik tersebut sambil berdekah melihatnya. Netizen turut sama ‘geram’ melihat si oyen yang keluar dari plastik itu dengan reaksi yang selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, gelagat lucunya ini turut membuatkan netizen terhibur melihatnya. Malah ada yang berseloroh biasanya memang tidak sah lah sekiranya si oyen tidak membuat perangai mereka dalam sehari.

“Comelnya ekor kontot.”

oyen

“Ingat deleted scene Makmum 2 tadi.”

plastik

“Oyen tak pernah tak buat hal.”

komen

“Sabar je lah dengan oyen ni.”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  HCL