Pelajar UniSZA kejutkan rakan, pensyarah… gagahkan diri datang majlis konvo selepas 5 hari l4hirkan bayi – “Ramai tak tahu saya h4mil”

MAJLIS Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ke-12) pada Selasa turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang graduan yang sedang berpantang.

Menurut Yus Amira Mohd Yusuf, 26, dia tetap bersemangat untuk menerima segulung ijazah biarpun baru sahaja melahirkan anak sulung secara pembed4han di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Khamis lalu.

Senang disapa Amira, lepasan bidang Teknologi Maklumat (Informatik Media) itu tidak bersendirian, sebaliknya ditemani suami Mohamd Amirul Hakim Mohd Sanusi, 26, yang turut diraikan dalam majlis sama.

“Saya dan suami belajar dalam jurusan yang sama. Jadi, saya nak konvo sekali dengan dia. Nak raikan hari bahagia ini dengannya.

“Biarpun baru beberapa hari bers4lin, saya dah minta nasihat doktor untuk hadir ke majlis ini. Saya hadir majlis konvo dengan berhati-hati, mengikut nasihat yang diberikan doktor.

“Sepanjang majlis itu, suami tolak saya dengan kerusi roda. Saya cuma berjalan ketika naik pentas sambil diiringi seorang urusetia majlis. Selebihnya, memang saya duduk atas kerusi roda,” ujarnya.

Menurut Amira yang berasal dari Langkawi, Kedah, dia dan suaminya berkenalan di kampus UnisZa Besut pada 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

yusamira3

Amira dan suami bernikah pada 1 Januari 2021.

Bercerita lanjut, Amira mengakui kehadirannya berkerusi roda turut mencvri tumpuan orang sekeliling, khususnya para pensyarah dan rakan-rakan sekuliah.

Malah kata Amira, dia terharu apabila menerima ucapan tahniah berganda atas kejayaan menamatkan pengajian serta kehadiran cahaya mata pertamanya.

“Sebenarnya ramai yang terkejut. Ramai kawan tak tahu saya h4mil selama ni. Mereka juga terkejut sebab saya masih datang ke konvo walaupun baru saja menjalani pembed4han untuk lahirkan anak beberapa hari lalu.

Saya dijangka bers4lin pada 14 Februari depan, tapi terpaksa bersalin pada minggu 37 keh4milan.

AMIRA

“Pensyarah pun ramai yang turut bertanya khabar. Kiranya saya dapat ucapan tahniah dua dalam satu. Selain ucapan tahniah kerana dah tamatkan pengajian, saya juga dapat ucapan tahniah kerana baru mendapat bayi pertama,” ujar Amira lagi.

Dalam pada itu, Amira memaklumkan bayi lelakinya masih berada dalam pemantauan doktor di HUSM dan dijangka dibenarkan discaj pada Khamis.

Jelas Amira lagi, dia terpaksa bers4lin secara pembedah4n kerana kandung4nnya berada dalam keadaan songs4ng selain kadar degupan jantung bayinya yang tinggi pada Khamis lalu.

yusamira2

Pasangan ini berkenalan di kampus UniSZA Besut pada tahun 2017.

“Saya memang al4han teruk sejak awal sehinggalah bulan kelima. Sering mvntah, sampai tiga kali kena drip. Saya dijangka bers4lin pada 14 Februari depan, tapi terpaksa bers4lin pada minggu 37 kehamil4n.

“Ketika pemeriksaan, doktor mendapati kandungan saya songs4ng dan jantung bayi berdegup laju. Disebabkan itu, mereka buat keputusan agar saya dibed4h pada Khamis lalu,” ujarnya.

Amira kini sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana di UniSZA, manakala suaminya bekerja sebagai pengusaha restoran di Pasir Puteh, Kelantan.

yusamira4

Sebahagian daripada 3,345 graduan yang diraikan dalam majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12. (Foto: Instagram uniszaedumy.)

Tambah Amira, dia berharap cahaya mata sulungnya yang diberi nama Muhammad Umar Al-Fateh dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk dia dan suami.

Untuk rekod, majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12 berlangsung di kampus induk di Gong Badak selama lima hari, bermula 23 sehingga 27 Januari 2022.

Majlis itu meraikan 3,345 graduan dan diadakan dalam suasana patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mstar