“Sungguh Ku Tak Mampu Men4han Rindu Ah” -Fazura Terkejvt Fattah Sambung D4ngdut – Lubuk Viral

Sejak berkahwin dan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fazura dan juga Fattah Amin dilihat kurang aktif dalam industri hiburan. Selain sibuk menguruskan si kecil Nur Fatima Aisya yang semakin lasak, mereka juga giat mengendalikan perniagaan menerusi sosial media.

Our little family…Sedondon berpakaian serba hitam

Beberapa hari yang lalu, keluarga kecil ini dilihat menghadiri satu majlis makan malam berbentuk promosi dengan berpakaian sedondon segak berwarna hitam. Program tersebut turut dihadiri teman-teman terdekat dan juga rakan bisnes pelakon berkenaan sambil dihiburkan dengan persembahan mencuit hati daripada penyanyi dangdut, Amelina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sungguh ku tak mampu menahan rindu…ah ah

Menerusi satu sedutan rakaman di TikTok pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, Amelina sempat mengusik Fattah untuk sambung menyanyikan lagu ‘Rindu’ di hadapan khalayak umum. Artis lelaki berkenaan bagaimanapun menurut sahaja hingga membuatkan Fazura terus terkejut dan sama sekali tidak menyangka.

@hattadolmat_

Reply to @iddinonee @fattahamin @fazuraofficial

♬ original sound – Hatta Dolmat – Hatta Dolmat

Jamal Abdillah X Fattah Amin…Duet atas pentas bersama

Bukan itu sahaja, Fattah juga turut berkesempatan menyanyikan lagu secara duet dengan penyanyi legend Malaysia iaitu Jamal Abdillah di atas pentas. Gara-gara sudah lama tidak menyanyi di hadapan khalayak ramai, selebriti tersebut kelihatan terkial-kial mencari lirik menerusi handphone.

Komen Netizen : 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: TikTok hattadolmat & Instagram Fazura