“Nak Yg Buj4ng, T4kut Nanti Terpeg4ng..,” Vida Nak Cari Hero Berl4kon Klip Video, Sharnaaz Pula T4war D1ri – Lubuk Viral

Beberapa minggu lalu, Datuk Seri Vida pernah menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah single baharu.

Hal ini berpunca gara-gara selebriti media sosial yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, Iqbal melancarkan lagu yang dikatakan ditujukan kepada dirinya.

Menerusi laporan media, Vida berkata, tujuan dia ingin mengeluarkan lagu itu adalah kerana ingin menjawab kembali segala apa yang Iqbal katakan terhadapnya.

Jika sebelum ini Vida menyanyikan lagu berentak rancak menerusi single pertamanya, I Am Me, kali ini, usahawan kosmetik itu mahu membawakan lagu bergenre balada pula.

Sungguhpun khabarnya lagu tersebut sudah mahu dilancarkan, namun, Vida masih mencari siapakah hero yang akan sama-sama membintangi klip video lagu berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“Saya nak cari hero dalam klip video saya. Boleh bagi cadangan tak, siapa pelakon, hero penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero itu dalam klip video.

“Tapi saya nak yang bujang, saya nak yang takda tunang, takda bini, single and available. Kerana takut nanti terpeg4ng ke,” katanya sambil meminta pandangan pengikutnya di Instagram.

Menariknya, menerusi ruangan komen, pelakon Sharnaaz dilihat men4warkan dirinya untuk membintangi klip video lagu terbaharu Vida.

“Jangan sampai aku try… Haaaa, jaga.

“Jangan kata t3mpuh, kena langg4q dengan l0ri pun boleh… cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?” tanya Sharnaaz sambil meletakkan emoji tertawa.

Menerusi ruangan balas, Vida turut mengambil kesempatan dan membalas: “Onz tak onz Mamu?” tanya Vida.

Rata-rata peminat memberikan respons positif terhadap komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz.

“I think she just described you. Tak salah kan kan… pi la hantaq borang dekat DSV,” tulis seorang pengikut Vida.

Selain Sharnaaz, nama-nama yang dicadangkan oleh peminat termasuklah Aweera, Nazim Othman, Diva AA dan juga Michael Ang.

 

Komen netizen :

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak