Bawa Lakonan Suami Isteri Bertengk4r Macam Real, Eira Syazira Dan Pak Azad Dipuji- Lubuk Viral

Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira sememangnya terkenal dengan telatah kelakar masing-masing. Jika diperhatikan di media sosial, ada saja idea Pak Azad untuk bahagiakan hati isteri serta anak-anak mereka. Ragam lucunya malah semakin menjadi-jadi apabila ‘disambut’ dengan gelak tawa Eira Syazira.

Walau bagaimanapun, pernah tak anda terbayang bagaimana sekiranya pasangan serasi tersebut bertengk4r mulut? Menerusi video yang memaparkan sesi penggambaran sebuah drama baru-baru ini, Eira Syazira dan Pak Azad nyata curi perhatian apabila menjayakan babak suami isteri sedang berkel4hi.

Berdasarkan skrip, suami isteri dalam cerita tersebut dipercayai sedang mengungk1t peng0rbanan siapa yang lebih besar dalam rumah tangga. Bukan setakat meningg1kan suara terhadap diri masing-masing, bahkan watak Pak Azad juga kejutkan ramai apabila tahap kemar4hannya memuncak lalu menghemp4skan beg dengan kuat ke lantai. Apa yang menariknya kedua-dua mereka langsung tidak kekok berlakon bersama, sekali gus babak tersebut dijayakan dengan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

Scene yang boleh dikatakan cukup teg4ng dan penuh em0si tersebut nyata dibanjiri pelbagai reaksi oleh peminat serta rakan artis. Rata-rata memuji penjiwaan lakonan Eira Syazira dan Pak Azad sangat mantap, bahkan seperti terjadi betul-betul.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://r-s7.com/