“Luaran Saja Nampak Okey , Hakikatnya Tidak,” -Janna Nick- Lubuk Viral

Seperti yang kita semua ketahui, selebriti popular Janna Nick sedang berjuang dengan penyakit Bipolar Disorder dan pernah dua kali membuat percubaan membu.nuh diri. Untuk yang belum tahu, pen.yakit Bipolar Disorder dahulunya dipanggil kemurungan ma.nik, ia merupakan keadaan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan mood yang melampau yang termasuk emosi yang tinggi (mania atau hypomania) dan rendah (kemu.rungan). Apabila anda ter.tekan, anda mungkin berasa se.dih atau putus asa dan hilang minat atau kesero.nokan dalam kebanyakan aktiviti.

Janna Nick berkata sudah membuat keputusan untuk memperlahankan karier seni untuk memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.

“Saya memilih untuk slow kan kerjaya seni. Saya bukan kek.wat cuma kena utamakan kesihatan men.tal. Buat masa sekarang, saya pilih untuk bergerak aktif di belakang tabir contohnya dan mewujudkan pengurusan artis di bawah production saya sendiri.”

Kata Janna Nick, sudah beberapa kali dia tidak dapat membawa watak dengan baik kerana pil antidepressants yang membuatkan dia kurang beremosi dan tidak dapat fokus kepada lakonan.

Lalu, Janna Nick telah berhenti mengambil pil tersebut dan akhirnya kesihatan mentalnya semakin te..ruk dan dia ter.paksa membuat keputusan untuk ‘banyakkan berehat’ bagi memastikan dia mengambil ubat secara konsisten.

“Sebagai seorang pelakon, tanggungjawab saya adalah untuk menda.lami watak yang diberikan sepenuh hati dan perasaan. Saya pernah share mengenai ubat antidepressants ini yang membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya ter.paksa berhenti mengambilnya buat sementara waktu kerana perlu menjiwai watak lakonan. Kesannya membuatkan kesihatan saya makin te.ruk.”

“Tetapi sekarang ini saya memang ikut nasihat doktor untuk ambil ubat tepat pada waktunya. Saya sudah tidak mahu kerja 24/7, saya sedar kesihatan saya number satu”

Sumber: Google Image

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu mengakui bahawa dia sedar akan pemikiran segelintir netizen yang memandang remeh dengan penyakit mental.

“Saya tahu ada sesetengah orang yang menganggap pen.yakit ini sebagai bahan jena.ka atau sekadar nak raih simpati ramai, namun semua orang patut tahu pen.yakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Apa gunanya jika luaran saja yang nampak okey, tetapi dalaman hancur. Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, buatlah penilaian anda sendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya.”

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Janna Nick dan semoga kesihatannya kembali beransur pulih. Harap-harap tak lama lagi kami dapat melihat kembalinya Janna Nick semula di kaca TV dengan semangat yang baru. -CARI

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: IG JannaNick