“Sayang Muda-Muda Dah Tak Ada G1gi, Isteri Lawa” – Vida Nak Taja Yassin Senario Buat G1gi Baru – Lubuk Viral

Usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menaja kos membuat g1gi baharu bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Yassin Anye.

Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Gempak pada Sabtu, Vida mahu Yassin lebih yakin dengan memiliki sebaris g1gi yang cantik.

“Saya nak taja g1gi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa.

“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh,” luah Vida.

Yassin terdahulu mengulas mengenai situasi isterinya yang tular dan menjadi perhatian ramai menerusi akaun TikTok.

Bagaimanapun, hasrat Vida itu mendapat kec4man netizen yang menganggap pelantun lagu I Am Me itu sengaja mahu menumpang kisah Yassin.

“Alang-alang jumpa terus, atau DM.

“Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini.

“Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo?

“DSV kalau pakai braces mesti lepas ni lagi cantik. Tak nampak rahang besar sangat. Macam muda 10 tahun,” saran beberapa pengguna.

Namun, ada juga yang memuji hasrat murni Vida itu.

“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk happy dan semakin kaya.

“Hebat Datuk. Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis beberapa warganet lain.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak