“Aunty slayyy!” – [VIDEO] Netizen Terpegun Lihat Makcik Menari Tarian K-Pop Macam Anak Muda! – Lubuk Viral

Sekarang ni, boleh kata kalau idol favourite korang buat comeback, mesti banyak dance challenge yang diorang akan buat kat TikTok kan? Kalau macam min, min suka #LalisaChallenge! Memang loveee!

Kalau korang rajin habiskan masa kat TikTok, mesti akan lalu kat FYP korang video seorang makcik dari Indonesia yang rajin layan request netizen untuk menari apa-apa challenge tau. Tambah pula dengan gaya pemakaian yang mengikut genre lagu.

@fitrygurukece Balas @tyongf_21 ZOO CHALLENGE @nct127_loveholic @aespa_official #nct#aespa #zoochallenge ♬ ZOO – TAEYONG & JENO & HENDERY & YANGYANG & GISELLE

Yang buat ramai amazed adalah sebab ketangkasan makcik ni menari macam anak muda buat ramai kagum. Ye lah, min nak berzumba pun tak larat haa apatah lagi menari lincah macamtu, power lah aunty!

“Sebagai org muda saya malu kerana x mampu nk menari macam ni?” – Netizen

Bukan itu sahaja, turut ada yang mengatakan bahawa langkah tarian itu agak susah untuk dikuasai dalam masa yang singkat malah effort makcik itu memang buatkan ramai anak mudah turut tercabar.

Kebanyakan komen mengatakan langkah-langkah kemas yang ditunjukkan dari tariannya membuatkan ramai meminta untuk makcik ini membuka studio tarian kerana ramai yang ingin belajar dengannya.

Rupanya memang aunty ni kerap menari lagu-lagu rancak rupanya… Betul-betul umur bukan penghalang! Seronok tengok dia enjoy dengan dancing!

Komen Netizen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: lobak merah