Netizen ‘Bant4i’ Bekas Isteri, Fizo Omar; “Saya Maafkan Mawar, Dia Tetap Emak Kepada Anak Saya”

Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya, Mawar Karim yang dikec4m tervk oleh netizen gara-gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram.

Kata Fizo dia sudah memaafkan Mawar dan menghormati pandangannya berhubung salah faham itu.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikec4m netizen. Saya sebenarnya tidak dikec4m kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Ramai netizen yang ‘b4ntai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.

“Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu berem0si atau mungkin ada salah faham,” katanya.

Justeru, Fizo memohon agar netizen berhenti mengec4m dan menghukum bekas isterinya itu.

“Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengec4m dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya,” tambah Fizo.

Terdahulu, Mawar tampil menyatakan perasaannya melihat keadaan anaknya, Wan Maryam yang didakwa bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama Fizo baru-baru ini. Foto berkenaan diperoleh Mawar daripada kiriman pengguna di media sosial.

Namun, Fizo tampil memaklumkan situasi berkenaan hanya salah faham dan secara tidak langsung telah mencalarkan hubungan baik mereka selama ini.

Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercer4i tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun mendvda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*