Tunggu Hari Melahirkan, Nama Pun Dah Ade. Neelofa Turut Mohon Sesuatu Dri Org Ramai… – Lubuk Viral

Usahawan popular, Neelofa, 33, memberitahu yang dia kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia berasa agak gementar bagi melewati proses kelahiran anak pertamanya itu kelak.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementa. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

“Nama pun alhamdulillah sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Insya-Allah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang ta.kut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: IG Neelofa