Azhan Rani kemalang4n motosikal, kini dalam keadaan stabil

PELAKON Azhan Rani berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalang4n motosikal pada tengahari Isnin.

Perkara itu dimaklumkan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman yang memberitahu aktor itu masih dalam pemantaun doktor di hospital.

“Amanah daripada sahabatku, Azhan Rani. Dukacita ingin menyampaikan pada semua yang Azhan terlibat dengan kemalang4n motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

BETO KUSYAIRY

PELAKON


“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar,” kata Beto menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kemal4ngan melibatkan Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani.

Azhan yang juga popular menerusi drama Nur tidak memuat naik sebarang perkembangan dirinya di laman Instagram.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Nabila Huda, Ummi Nazeeraq, Pekin serta ramai lagi mendoakan agar Azhan diberikan kesembuhan cepat

Azhan 1

Azhan bersama dua buah motosikalnya.

Dalam pada itu, Beto turut menyampaikan permohonan maaf daripada Azhan yang tidak dapat menjawab semua panggilan serta mesej buat sementara waktu.

Tambah Beto lagi, Azhan juga bersyukur dan menghargai orang ramai yang mengambil berat terhadap dirinya.

“Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, dia mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan serta mesej untuk sementara waktu ni.

“Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya. Sama-sama kita doakan dia agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya.

Komen netizen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mstar