Video pelajar IPT pakai baju Melayu, sampin ke kelas raih 1 juta tontonan, ris4u raya duduk rumah lagi – Lubuk Viral

SEJAK tahun 2020, sambutan hari raya Aidil Fitri disambut dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai di antara kita tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara di hari raya.

Biarpun pihak kerajaan sudah memaklumkan yang PKP tidak akan dilaksanakan dan larangan merentas negeri tidak lagi akan dilaksanakan, namun masih wujud segelintir yang bimbang tidak dapat berhari raya di kampung seperti sebelum ini.

Seperi paparan video yang tular di laman sosial TikTok di mana sekumpulan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertindak memakai baju Melayu lengkap bersampin untuk ke kelas.

Video:

 

@juliansheesh bila lagi kan #fyp #fypシ ♬ Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

Pengguna TikTok dikenali sebagai @juliansheesh memuatnaik video berdurasi 20 saat itu berlatarkan lagu Seloka Hari Raya nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir.

Setakat ini video berkenaan menerima 1.2 juta tontonan dan 181,000 tanda suka. Warga maya rata-rata terhibur melihat gelagat mereka dan memberikan komen lucu.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Sinar Harian