“Sebab terlalu terkejvt, saya terus pengs4n selama lima minit” – Mak Wan pengs4n terima kejvtan dari Didie Alias- Lubuk Viral

KUALA LUMPUR: Lebih setahun menanti, akhirnya impian pelakon Mak Wan Latah, 60, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah akhirnya termakbul.

Berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 25 Disember lalu atas tajaan pengeluar bantal, Das Abdul Global (DAG), Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud terhvtang budi kepada pelakon dan pengacara, Didie Alias.

Dengan linangan air mata, Mak Wan berkata, dia berterima kasih kepada Didie yang sentiasa mengambil berat keadaannya. Atas bantuannya, impian menunaikan umrah termakbul.

“Didie mengundang saya menyertai sesi Facebook (FB) Live, kononnya mahu meraikan ulang tahun anaknya.

“Ketika itu, saya tidak sihat kerana alami semput dan kencing manis. Awalnya, saya menolak untuk datang, tetapi, Didie beriya-iya minta saya datang juga

“Didie beritahu ada orang datang mengambil saya menaiki Grab. Jadi, dalam keadaan terp4ksa, saya pergi juga untuk tidak menghampakan permintaannya.

“Apabila tiba di sana, Didie minta saya berehat dan bersolek. Saya tidak sangka, Didie mahu menemubual saya untuk program FB Live,” katanya kepada BH Online.

Mak Wan selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor ketika berangkat ke Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, dia sempat mengambil pam untuk penyakit semput sebelum muncul dalam sesi FB Live itu.

“Ketika dalam sesi FB Live, Didie bertanya sekiranya diberikan pilihan, ke mana saya ingin pergi? Dengan ikhlas saya menjawab, saya akan simpan sedikit duit kerja penggambaran untuk menunaikan umrah,” katanya yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah, enam tahun lalu.

Namun, ibu tunggal yang pernah membintangi filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu tidak menyangka Didie ingin membuat kejutan apabila memaklumkan syarikat pengeluar bantal terkemuka itu berhajat mahu menajanya menunaikan umrah.

“Sebab terlalu terkejut, saya terus pengs4n selama lima minit. Saya terkejvt seorang pend0sa seperti saya dipilih menjadi tetamu Allah.

“Lebih bermakna, apabila pemilik syarikat pengeluar bantal itu bukan sahaja menaja saya, malah, turut bermurah hati menaja seorang ahli keluarga menemani saya apabila mengetahui saya kurang sihat,” katanya.

Mak Wan terima kejutan Didie dan penaja pakej umrah ketika muncul dalam sesi FB Live, baru-baru ini.

Mak Wan berkata, dia terhvtang budi kepada Didie. Dia antara rakan yang sangat baik dan rajin bertanyakan khabar.

“Didie banyak tolong saya sejak bergelar ibu tunggal sehingga sekarang. Macam-macam yang Didie pernah bantu, bukan sahaja dalam bentuk barangan, malah wang ringgit.

“Jika tidak sihat, Didie antara rakan artis paling cepat sampai,” kata Mak Wan terharu.

Mak Wan yang selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor Mohamad Daud ketika ke Tanah Suci.

Sumber: BH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendinggiler.pw/