[VIDEO] Fatima buang kasut dalam kolam, gelagat Fattah Amin ‘bersilat’ pula cvri perhatian – Lubuk Viral

Si cilik popular yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini nampaknya semakin membesar dengan begitu comel disamping ibu ayahnya, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Sudah genap usia setahun ini, Nur Fatima Aisya juga dilihat sudah boleh berjalan dan gelagat anak selebriti ini juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian umum terutama peminat anak selebriti.

Baru-baru ini menerusi video tular di laman Tiktok, Fatima sekali lagi mencvri perhatian netizen apabila gelagatnya yang ingin membuang kasut ke dalam kolam ikan. Apa yang lebih melucukan, gelagat Fattah Amin yang seakan ‘bersilat’ untuk menyelamatkan keadaan itu turut membuatkan netizen kering gusi.

Difahamkan, kejadian ini berlaku ketika Fattah dan juga Fazura membawa si kecil berkenaan ke sebuah lokasi pelancongan iaitu ‘KL Bird Park‘ yang terletak di tengah ibu kota.

Video:

 

@kakidrama8 MasyaAllah si kecik ni cpt je tangan tu yea?#Fatima#fatzura ♬ original sound – Kaki Drama

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan, 4.5k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Fatima dan bapanya itu.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Tiktok kakidrama8