Gara-Gara Hal Ini, Scha Alyahya T4kut Nak Kerja Dengan Ellie Suriaty- Lubuk Viral

Melakonkan watak pengawai penyia.sat bernama Karmila dalam filem terbaharu arahan sutradara, Osman Ali berjudul, Telaga Suriram, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya memaklumkan dia berasa taku.t untuk bekerja dengan seseorang dalam karya berkenaan.

Scha atau nama lengkapnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, berkata, dia berasa sedikit gentar berada di bawah pengawasan Ellie Suriaty yang ditugaskan sebagai acting coach (guru lakonan) filem terbabit.

Foto: IG

“Dengan Kak Ellie, saya tak nafi.kan saya akan ta.kut dengan dia. Saya ta.kut disebabkan itu, akan ada limitasi untuk belajar dengan dia sebab terlalu ta.kut dengan dia,” katanya ketika ditemui media semalam.

Disebabkan itu, Scha turut mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas lakonan di luar iaitu bersama Norzizi Zulkifli.

“Saya memilih Kak Zizi sebab pertama sekali, latar belakang dia. Juga, tak tahulah, saya rasa sangat dekat dengan dia. Karakter dia lebih kurang saya.

“Dia seseorang yang relaks, ‘rough’ dan ‘tough’ dan saya rasa senang untuk saya belajar dengannya tanpa perlu rasa macam, ‘takut.nya cikgu ini’,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, pada mulanya, dia ada memikirkan beberapa nama guru lakonan lain seperti Vanidah Imran dan Ogy Ahmad Daud namun nama-nama yang disebutkan mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

“Kak Vanidah yang sarankan Kak Zizi kepada saya. Kak Ogy pula, sebelum tanya dia, saya rasa dia dah di tempat lain dah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Selain Scha, Telaga Suriram yang memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini turut dibarisi pelakon handalan lain seperti Maya Karin, Nabila Huda dan Farid Kamil.

Filem ke-17 Osman Ali tersebut adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. -CARI

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Kosmo