“M4Iu pakai baju ket4t, tudung singkat..” -Joy Revfa jaga penampilan, hantar anak ke sekolah tahfiz – Lubuk Viral

TINDAKAN usahawan kosmetik Joy Revfa menghantar anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus menyambung pengajian ke sekolah agama merupakan satu keputusan tepat kerana memberi banyak hikmah kepada dirinya.

Selain mula aktif mendalami agama Islam, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 35, berkata dia kini lebih berhati-hati mengenai soal pemakaian.

“Alhamdulillah Arryan sudah masuk darjah dua tahun ini, dia sambung pengajian di sebuah sekolah agama… sejujurnya sebagai ibu rasa seronok sangat anak sambung belajar sekolah agama sebab memang banyak kebaikan dia masuk sekolah tahfiz itu.

“Saya pun mula memperbaiki diri antaranya mengenai pemilihan pemakaian yang lebih sopan dan menutup aurat, saya kena berubah untuk jadi contoh kepada Arryan… sekarang nak pakai pakaian ketat dan tudung singkat pun rasa malu.

“Sebelum ni pakai tudung selalu nampak rambut, kadang-kadang Arryan tegur saya, katanya rambut ibu terkeluar tu… jadi secara tak langsung saya pun kena lebih berhati-hati soal pemakaian,” katanya kepada mStar.

joy 2

Joy bersama anak tunggalnya, Arryan Firdaus.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Joy berkongsi beberapa keping foto anaknya memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah tahfiz di ibu negara.

Dalam kapsyennya itu, Joy mengakui sebak kerana impian untuk melihat anak menyambung pengajian di sekolah agama akhirnya tercapai.

Yang bagusnya apabila anak masuk sekolah agama ini ialah bukan sahaja boleh mendidik anak-anak tetapi secara tak langsung didik jiwa ibu bapa juga

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

“Ibu rasa sebak hari ini sebab walaupun ibu belum jadi ‘ibu yang sempurna’ lagi untuk Arryan tapi Allah SWT mempermudahkan juga Arryan masuk ke sekolah agama.

“Memang selama ini nak sangat tengok Arryan jadi anak soleh dan penghafaz Al-Quran. Syukur Alhamdulillah… doakan yang terbaik untuk Muhammad Arryan Firdaus ya!” tulisnya.

joy 3

Joy sejuk hati tengok anak masuk sekolah agama.

Berkongsi mengenai keputusan menghantar anak ke sekolah tahfiz, Joy berkata sejak kecil Arryan menunjukkan minat untuk bergelar seorang ustaz.

“Sebenarnya Arryan memang cita-cita nak jadi ustaz, sebab itu saya mula hantar dia masuk tadika agama beberapa tahun lalu. Dia sejak kecil suka dengar orang mengaji dan buka YouTube bacaan zikir.

“Alhamdulillah sekarang Arryan dah mula menghafaz Al-Quran… dia juga ada ajar saya sebutan dalam Iqra.

“Yang bagusnya apabila anak masuk sekolah agama ini, bukan sahaja boleh mendidik anak-anak tetapi secara tak langsung didik jiwa ibu bapa juga,” ujarnya

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : mStar