Fathia Latiff Kembali Bercinta Dengan Kamal Adli Di Sepanyol Dalam Gracias Barcelona – Lubuk Viral

Sebuah filem romantik drama berjudul Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini di pawagam rumah anda, platform Astro First saluran 480.

Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama aktor hebat, Kamal Adli.

Gracias Barcelona mempertaruhkan kemunculan semula Fathia Latiff sebagai pelakon dan penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin.

Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati.

Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan.

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, tahun ini pihaknya mahu mengukuhkan lagi kepelbagaian konten menerusi tayangan filem-filem hebat pelbagai genre.

“Sebagai permulaan, kami persembahkan sebuah filem romantik Gracias Barcelona di Astro First.

“Penonton bukan saja dihiburkan dengan jalan cerita yang menarik tetapi seperti dibawa melancong dengan menyaksikan pemandangan memukau di Sepanyol,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan.

Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic.

Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran kembali ke tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.

Sementara itu, selain pelakon Fathia Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).

Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?

Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Gempak