“Kalau Isteri Tahu Habislah Saya”- Akhirnya Nabil Jelaskan Harga Sebenar Kasut Yang Dia Pakai – Lubuk Viral

Petaling Jaya – Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan menc.uri perhatian pengguna media sosial.

Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi perhatian warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.

Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM 11,919.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.

Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.

Nabil Balas Balik

“Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM 12,000.”

Demikian komen daripada pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang menc.uri perhatian netizen apabila menggayakan kasut berjenama, Air Jordan 1 Retro High OG Chicago pada konsert suku akhir Gegar Vaganza kelapan GV8 hujung minggu lalu.

Kata Nabil, 38, waktu dibeli, kasut berkenaan harganya hanya sekitar AS 500 iaitu RM 2096 dan dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya.

“Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi cakap-cakap orang dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai.

“Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus Hypebeast ni. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu,” katanya kepada sebentar tadi.

Seloroh Nabil, isterinya, Nazirah Ayub, selalu menasihatkan dirinya agar berjimat cermat dalam berbelanja.

“Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, n.ahas saya. Dia akan cakap, daipada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia.

“Inilah n.asib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun. Kebetulan kasut kena dengan sut yang saya gayakan malam itu, saya pun pakai sahaja. Tak sangka jadi buat mulut netizen,” katanya.

“Nanti kita m.ati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan.

“Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya,” ujarnya.

Kredit : OB/Kosmo

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://printlyrics.net/