“Nampak Sangat Pilih Bulu”- DS Vida Kec3wa Sa Ya Tersingkir Suku Akhir GV8 – Lubuk Viral

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui kumpulan Sa Ya yang dianggotaoi Saiful Apek dan Yassin telah tersingkir di peringkat suku akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada malam Ahad.

“Ada Masalah GV Minggu Penting Ni”-Vida

Menerusi posting di Instagram, Vida berpendapat bahawa program Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8) mempunyai masalah pada minggu yang sangat penting itu dan merasakan persembahan kumpulan Sa Ya yang mempunyai ‘X Factor’ pada malam tadi.

“Saya rasa ada masalah GV minggu penting ni. Towards ke separuh akhir. Sa Ya performance ada x factor malam ini.”

Tambahnya lagi, Vida turut mempersoalkan pihak terlibat yang masih mengekalkan Shidee dalam GV yang dikatakan ‘pancit’ sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore.

“Shidee pulak nak disimpan, nak diselamatkan.. Nampak sangat pilih bulu. Bulu pahat tak keluar suara. Tapi disimpan? Atas dasar apa? Lagenda? Kalau dah sah pancit nak diselamatkan lagi?-Dato Vida

Sa Ya Sentiasa Berusaha Baiki Kelemahan

Kongsinya lagi, Dato Vida berpendapat kumpulan Sa Ya sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan mereka dan memberikan kemajuan yang membanggakan pada setiap minggu.

“Yang bagus disingkirkan..Adakah sebab mereka pelawak.. Menjadi filler jer dalam GV. Tiba-tiba lain jadi. Mereka berusaha baiki kelemahan mereka. Akhirnya hasilkan great improvement setiap minggu. Saya tahulah..Mainan ni. Saya mantan sponsor GV”-Jelas Vida

Selain Shidee, antara peserta lain yang mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni, Suki Low, Aliff Aziz, dan Aweera.

GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://murai.my/