Anzalna Nasir Ded4h Kenapa Masih Tidak Padam Foto Lama Tak Berhijab – Lubuk Viral

Pelakon jelita, Anzalna Nasir kini tampil berhijab sejak September tahun lalu. Penampilan berkenaan bukan sahaja menggembirakan keluarga malah rakan artis serta peminat turut menyambut baik ‘perubahan’ pelakon jelita itu. Dalam pada itu, mereka juga berharap agar Anzalna sentiasa istiqamah.

Ketika ditemu bual OhBulan!, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir menyatakan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk memadam semua foto tidak menutup aurat di media sosial atas faktor tertentu. Jelas Anzalna, dia terikat dengan beberapa kontrak ketika masih tidak berhijab lagi.

Apabila saya sudah bertudung, saya pasti sesiapa saja mahu perubahan itu dan menjadi ke arah yang lebih baik.

Dalam usaha untuk berubah ni bukan senang nak berlaku sekelip mata. Sebenarnya bukan saya sengaja tak nak padam gambar tak bertudung tapi saya masih ada kontrak dengan beberapa produk.

Apabila dah sampai masanya, saya akan padam gambar lama itu kerana tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Sebaik sahaja sudah bertudung, Anzalna mengatakan bahawa dia perlu menjaga semua perkara, namun perlu berubah secara perlahan-lahan. Dia juga tidak menyangka bahawa rezekinya semakin melimpah-ruah sejak dirinya mula memakai tudung.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki dan lakukan sekarang. Saya akui terkejut apabila semakin banyak tawaran, cuma saya terpaksa tolak kerana niat saya bertudung bukan untuk mencari duit.

Saya juga bersyukur diberikan rezeki dalam rumah tangga, kebahagiaan dan dikelilingi orang-orang baik.

Apabila ditanya mengenai karier lakonannya, Anzalna mengatakan bahawa buat masa ini dia terpaksa memperlahankan kerjayanya kerana ingin memberi tumpuan terhadap anak serta keluarga.

Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami. Tawaran berlakon masih banyak yang datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dulu demi keluarga.

Biar anak saya faham dulu kerja ibunya sebagai pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set penggambaran.

Ujarnya lagi, dia telah merancang untuk kembali ke set penggambaran selepas anaknya, Mohamad Eidress memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : obulan