Org Lain Penat Pancing Ikan, Lelaki Ni Menang Cabutan Betuah Ford Mustang. Sekali Netizen Perasan Ada Yg Tak Kena – Lubuk Viral

Seorang lelaki berusia 24 tahun menjadi antara individu paling bertuah dalam program pertandingan memancing yang diadakan di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah baru-baru ini.

Lelaki berasal dai Johor itu dipilih sebagai pemang hadiah cabutan bertuah sebuah kereta idaman ramai terutama tauke kosmetik, apa lagi kalau bukan Ford Mustang. Berita itu dikongsi oleh admin Facebook Kedah Kini.

“Tahniah adik yang baru berumur 24 tahun, orang Johor, dapat cabutan bertuah kereta Ford Mustang di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah,” tulis Kedah Kini.

Ford Mustang pernah dibawa masuk secara rasmi oleh pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion pada tahun 2015. Jentera muscle Amerika itu ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 2.3 liter turbo EcoBoost dan GT 5.0 liter V8.

Harganya pula bermula RM435,000 seunit (pada masa itu). Tetapi, memandangkan kereta sports paling laris di dunia itu sudah banyak dibawa masuk oleh grey importer, ia kini boleh didapati pada harga serendah RM230,000 bergantung kepada tahun dan enjin yang digunakannya.

Namun, tidak dapat dipastikan varian mana dan tahun berapa kereta yang dimenangi pemuda berkenaan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda terbabit dan menganggap hadiah tersebut adalah rezeki pembuka tahun baharu.

“Ini betul-betul rezeki tahun baharu, tahniah bro, jaga elok-elok kereta itu. Kalau ex (bekas kekasih) tengok ni mesti menyesal habis,” tulis Kaki Pancing Sabah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rashid Mawi. “Para isteri jangan dilarang jika suami keluar memancing, kadang-kadang rezeki bukan sahaja setakat ikan malah boleh bawa balik kereta,”tulisnya pada ruangan komen

Pemenang Ford Mustang, Ducati orang yang sama?

PETALING JAYA – Keberuntungan seorang lelaki dari Johor memenangi cabutan bertuah sebuah kereta jenis Ford Mustang dalam satu pertandingan memancing baru-baru ini menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Ketika ini, ramai yang mend4kwa kemenangan cabutan bertuah itu dirancang apabila lelaki tersebut turut dikatakan pernah memenangi sebuah motosikal berkuasa tinggi pada 2017.

Tuduh4n tersebut semakin tepat apabila beberapa foto lelaki tersebut yang mendapat motosikal Ducati Panigale 1199 telah ditularkan di media sosial.

Pada tahun 2017, lelaki berusia 24 tahun itu telah memenangi cabutan bertuah Ducati itu pada satu acara permotoran, Motoday Penang 2017.

Kemudian pada satu acara pertandingan memancing baru-baru ini, lelaki bertuah itu sekali lagi memenangi kereta mewah berjenama Ford Mustang.

Rata-rata orang ramai yang mend4kwa kemenangan itu telah dirancang oleh penganjur telah mencari akaun Facebook lelaki tersebut yang menggunakan nama Pakcik Ku telah dinyah aktif ketika ini.

Pemenang Ford Mustang dan Ducati Panigale did4kwa orang yang sama.

“Tak tahu nak kata betul atau tidak, tapi kalau kita lihat pada gambar dan bukti-bukti yang ada ternyata benda ni betul.

“Malas nak tudvh tapi kalau betul telah dirancang harapnya penganjur tu bertaubatlah. Jangan cari keuntungan dengan cara macam ni,” jelas Redzuan Elias.

“Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor cabutan pun dah RM60.

“Kalau dikali dengan beribu manusia yang hadir memang untung sangat la penganjur. Orang pergi sebab letak hadiah cabutan yang mewah. Melayu cukup-cukup lah menipu,” jelas Saifullah Abdullah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : kosmo