Kanak-kanak minta pengawal periksa suhu badan patungnya – Lubuk Viral

Satu video yang menunjukkan aks1 seorang kanak-kanak perempuan meminta supaya suhu badan anak patung yang dibawanya diperiksa menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama @ikanhiiu itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju hijau sedang memegang anak patung berwarna merah jambu.

Suhu badannya diperiksa oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah premis dipercayai merupakan sebuah pusat beli-belah.

Selepas suhu badannya diperiksa, kanak-kanak itu menghulurkan patungnya kepada pengawal keselamatan di situ, meminta suhu badan anak patung tersebut turut diperiksa.

Video:

 

@ikanhiiu♬ original sound – Sebastian Scales

Pengawal keselamatan itu dilihat meletakkan peranti  termometer pada patung tersebut dan memeriksa suhunya.

Netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan kerenah kanak-kanak tersebut dan meninggalkan pelbagai komen.

Komen Netizen:

“Kanak-kanak itu ambil kisah tentang rakannya,” komen seorang netizen.

“Lelaki itu (pengawal keselamatan) pula hanya mengikut sahaja,” komen netizen lain.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://www.kosmo.com.my/