“Tergamaknya suami…”- Yatt Hamzah Men4ngis Kongsi Cerita Sedih – Lubuk Viral

Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih setelah membaca satu coretan kisah seorang isteri yang did4kwa telah menerima kata-kata yang tidak baik daripada suaminya.

Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah berkongsi kisah tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

“Pagi-pagi lagi mata dah masuk habuk baca coretan ni. Dah macam drama. Namun ianya realiti harini yang memang berlaku di kalangan masyarakat kita.

“Tergamakkah seorang suami yang sepatutnya Syurga buat isteri, melontarkan kata-kata begini pada isterinya. Seolah menidakkan Syurga buatnya. Syurga menidakkan Syurga?,” tulisnya.

Yatt berpendapat, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang suami.

Tambahnya lagi, sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, harus sentiasa menghorm4ti dan melayani isteri dengan baik.

“Bukankah kewajiban seorang suami utk melindungi isteri, mendidik, berlemah lembut dan melayani dengan baik termasuk berkata hanya yang baik-baik.

“Jika marah sekalipun, wajarkah seorang suami melontarkan kata-kata begini menafikan Syurga buat si isteri? Adilkah buat si isteri jika si isteri jenis yang taat dan setia.

“Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Isteri adalah Amanah Allah untuk DIBIMBING, DILINDUNGI dan DICINTAI,” tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata peminat dan pengikut laman Instagramnya meninggalkan komen bersimpati dengan kejadian yang berlaku itu dan memberi pandangan masing-masing .

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://www.viralmy.me/