Tak gentar lawan ‘lima sekawan’ di Mahkam4h Tinggi, ini kata2 Siti Nordiana – Lubuk Viral

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bersetuju kes perbicara4n sam4n membabitkannya dan lima sekawan sebanyak RM2.5 juta dipindahkan dari Mahkam4h Sesyen ke Mahkam4h Tinggi.

Peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin ketika dihubungi berkata, anak guamnya tiada masalah untuk bersetuju dengan defendan yang inginkan kes berkenaan dibawa ke Mahkam4h Tinggi seperti dimohon.

“Selaku pihak responden (plantif) selepas mengambil kira kepentingan anak guam, Siti Nordiana bersetuju untuk kes ini dipindahkan ke Mahkam4h Tinggi. Maka, perbicaraan di Mahkam4h Sesyen ditangguhkan. “Mahkam4h juga memerintahkan tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes terbabit ke Mahkam4h Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak.

“Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abang Azlan, perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi dijangka bermula hujung bulan ini atau awal Februari depan kerana tarikh baharu belum diputuskan pihak mahkam4h.

Terdahulu, kes sam4n atas dakw4an fitn4h membabitkan lima sekawan difailkan Siti Nordiana pada 30 Julai tahun lalu selepas peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai melalui serahan tangan dan emel kepada semua defendan yang menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta ganti rugi sebanyak RM200,000.

Namun, lima sekawan itu gagal berbuat demikian dan pihak Siti Nordiana seterusnya menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan yang keseluruhan bernilai RM2.5 juta, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dalam sam4nnya.

Lima sekawan disaman Siti Nordiana ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dan isterinya Nur Sheila Hassim; penyanyi Syura atau Zuraidah Badron; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

Perbicaraan kes saman itu yang berlangsung di Mahkam4h Sesyen, bagaimanapun dimohon oleh dua defenden, Sam Musyadzafar dan Razidah pada 16 Disember lalu untuk dibawa ke Mahkam4h Tinggi selepas memfailkan sam4n pemula dengan menyertakan alasan jumlah keseluruhan tuntutan plaintif (Siti Nordiana) terhadap defendan-defendan adalah sebanyak RM2.5 juta dan nilai itu melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Konflik berlaku di antara lima sekawan dan Siti Nordiana bermula selepas mereka membuat Instagram ‘Live’ pada pada 20 Julai tahun lalu kira-kira jam 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing.

Siti Nordiana menfailkan sam4n terhadap lima individu kerana menfitn4hnya di media sosial

sumber: hmetro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  http://trendingsangat.pw/