“Sekejap Je Masa Berlalu..” -Ini Penampilan Terkini Mia Sara Nasuha Yang Buat Peminat Jatuh Hati – Lubuk Viral

Pastinya ramai yang mengenali dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha. Mia terkenal dengan watak-watak comel ketika usianya masih kecil. Dia mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi filem, siri TV dan telefilem tempatan.

Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan (lahir 30 September 2005) ialah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Dulu dia juga kerap dibandingkan dengan Puteri Balqis sepanjang kerjayanya.

Kini Mia Sara masih lagi aktif di instagram dan tiktok. Dia mempunyai 2.5 juta pengikut di instagram dan hampir 2 juta pengikut di laman tiktok.

Ini antara penampilan terkini Mia Sara yang dikongikan di laman instagram miliknya.

Rata-rata peminat terharu dengan penampilannya yang bertudung. Setiap kali membuat hantaran di instagram, pasti ramai peminat yang memuji kecantikannya dan mengatakan dia masih lagi comel seperti dulu.

Sekejap sungguh masa berlalu, Mia kini sudah meningkat remaja dan semakin membesar. Penampilan Mia juga sangat sopan dan begitu manis bertudung. Semoga Mia terus berjaya dalam pelajaran dan dalam kerjaya seni.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Instagram Mia Sara