“Saya Bujang terlajak bkan duda” DS Mahadi Menjawab Dkw4an Netlzen Status Dirinya – Lubuk Viral

Perkahwinan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman sememangnya masih menjadi perhatian ramai walaupun sudah seminggu bergelar pasangan suami isteri.

Mereka juga masih lagi menerima ucapan tahniah dan selama pengantin baru terutamanya di ruangan komen di media sosial masing-masing kerana berasa seronok diatas kebahagian baru yang mereka kecapi.

Jadi, pada tengah hari tadi, Heliza yang kini merima gelaran Datin Sri telah bersama-sama suaminya diundang ke rancangan Wanita Hari ini di Tv3 untuk berkongsi momen bahagia setelah diijab kabul.

Dalam temu bual tersebut, Datuk Mahadi mengambil peluang menjelaskan secara berseloroh berkenaan statusnya yang kerap menjadi perdebat4n netlzen di ruangan komen media sosial.

Belum pernah berkahwin lagi sebelum ini

Menurutnya, beliau merupakan bujang terlajak ketika bernikah dengan Heliza kerana mengakhiri zaman solo ketika berusia 38 tahun. Hal tersebut menyangkal segala dkw4aan yang dirinya merupakan seorang duda seperti khabar angin yang bertebaran sebelum ini.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.”

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Penjelasan tersebut pastinya menjawab segala teka-teki yang bermain di kepala para peminat kerana kedua-dua individu berpengaruh itu jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum walaupun mereka sangat ramah di media sosial.

Untuk makluman, Datuk Sri Mahadi BZ dan Datin Sri Heliza Helmi telah sah sebagai suami isteri pada 1 Januari 2022 apabila selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Besi, Putrajaya.

Pernikahan mereka nyata membuatkan ramai terkejut kerana langsung tidak ada khabar berita tentang hubungan mereka. Walau bagaimanapun, ramai yang gembira melihat pernikahan tersebut lebih-lebih lagi majlis resepsi yang diadakan dihiasi dengan kehadiran para agamawan ternama Tanah Air.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :https://earnsupport.com/