Tiba-Tiba Masuk Live Ceramah, Ustaz Wadi Annuar Dipuji Lembut Layan Anak Jiran – Lubuk Viral

Di mana ada ustaz Wadi Annuar, di situ ada Umar! Netizen pula menyangka Umar adalah anak kepada penceramah bebas popular tanah air, namun rupanya Umar adalah anak kepada jirannya. Netizen pula terkejut rupanya ustaz Wadi Annuar masih bujang!

Terkini, dalam facebook live ustaz Wadi Annuar terlihat gelagat adik Umar yang berbalut kepalanya kerana ced3ra akib4t terjatuh.

Adik umar yang mendekati ustaz Wadi Annuar lalu meminta ustaz menguatkan volume telifon pintarnya. Terlihat sungguh manja Umar dengan ustaz, dan ustaz pula sungguh lembut melayan karenah anak jirannya itu. Tergendala kuliah seketika dek melayan adik Umar.

Gelagat mereka mencvri tumpuan netizen yang sungguh tidak menyangka bahawa ustaz kesayangan rakyat Malaysia itu sebenarnya masih belum mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, ustaz Wadi Annuar juga kelihatan datang melawat Umar di hospital. Umar yang mengalami keced3raan di kepala kelihatan sungguh gembira berjumpa ustaz sambil berpelvkan erat.

Netizen tersentuh dengan keakraban mereka berdua,terlihat seperti perhubungan seorang anak dan ayah. Siapa tahu, mereka berdua sebenarnya hanya berjiran.

Video:

 

@queennazz smoga umar kuat dan dipermudahkan segala urusan ?❤️#ustazwadiannuar #fypシ ♬ original sound – Meisitalomania

Netizen rata-rata memuji sikap ustaz yang sangat menyayangi kanak-kanak, sehinga membawa Umar menghadiri ceramah agamanya. Tidak kurang juga yang mencemburui Umar yang amat bertuah kerana mendapat didikan ustaz tersohor itu.

Diharapkan adik Umar membesar menjadi seorang yang beragama, menjadi anak yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Tiktok queennazz