[VIDEO] Maryam bagi anak cuba bau durian, reaksi comelnya pula raih perhatian – Lubuk Viral

Durian yang sering dikenali dengan gelaran raja buah ini merupakan buah yang sangat terkenal di negara kita.

Boleh dikatakan hampir setiap orang sudah mengenali bau durian. Mungkin ada yang tidak menggemarinya dan tidak tahan dengan baunya, namun ada yang sangat suka dengan bau dan rasanya.

Tidak terlepas juga dengan selebriti media sosial iaitu Maryam Durian Kimci, yang difahamkan sangat gemar akan buah durian. Sebelum ini, pernah tular satu video di saluran Youtube Duriankimchi TV yang memaparkan Maryam begitu ‘asyik’ memakan durian.

Baru-baru ini, perkongsian Maryam di laman Instagram miliknya menarik perhatian netizen apabila dia dengan selamba memberi anaknya iaitu Rina cuba bau buah durian. Apa yang mencvri tumpuan netizen ialah ekspresi muka Rina yang kelihatan begitu comel setelah dapat menghidu bau raja buat tersebut.

“Mommy tunggu makan durian dengan Rina tapi…Rina pun tak suka durian?,” kata Maryam di ruangan kapsyen.

Video:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 199k tontonan, 21k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Maryam dan puterinya iaitu Rina.

Komen netizen:

Terdahulu Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia sekitar September tahun lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: ig maryamyunrrr