Seleps Pak Azad Krit1k Kualiti Gelang Digital, Ini Tindakan Pantas Pihak Berwajib- Lubuk Viral

Terdahulu Pak Azad melaporkan kualiti Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri.Pelakon dan pelawak terkenal Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45, mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Difahamkan, Azad bersama isterinya Syazira Shuhaimi, 37, yang sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah perlu memakai alat tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan.

Melalui video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Azad memberitahu, walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ia telah terbuka daripada tangannya secara tiba-tiba.

Azad dilihat turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke?

Tangkap layar Azad menunjukkan peranti pengesan yang dipakai olehnya sudah terbuka.

“Kalau berikan alat ini pada 30,000 orang dan boleh tercabut macam ni, lepastu mereka gantung di leher lembu, leher keldai, merebak juga kan?

“Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan pergi kemana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Azad turut menyarankan agar kerajaan menggunakan alat yang lebih berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik dan berkesan.

SYARIKAT PENGELUAR GELANG DATANG UNTUK TUKAR GELANG PAK AZAD

QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bantuan penyelesaian segera akan dilaksanakan sekiranya e-Bracelet RFID (e-Bracelet) Cov!d.19 yang dipakai mengalami masalah.

QuickMed yang merupakan penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn. Bhd., serta anak syarikat UEM Edgenta Berhad memaklumkan, sejak Sistem Pengurusan Ku4rantin Rumah (HQMS) itu digunakan bermula 8 Disember 2021, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut iaitu kurang 0.08 peratus malah pembetulan semula juga telah dilakukan.

Katanya, pasukan operasi mereka bersedia untuk membantu sekiranya isu itu berulang lagi seperti mana susulan kejadian baru-baru ini di mana seorang individu telah mengalami e-Bracelet Cov!d.19 yang tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya.

“Insiden ini amat kami kesali dan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kami telah menghantar dua juruteknik ke alamat ku4rantin individu terlibat.

“Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, pemakai akan dipantau melalui HQMS untuk membantu usaha pemulihan negara dalam membendung penularan varian Cov!d.19 baharu.

“Sistem HQMS dilengkapi dengan teknologi Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk pemantauan secara real-time ke atas individu yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ku4rantin di rumah seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sistem tersebut terdiri daripada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) e-Bracelet dan Covert Tracking Unit yang akan mencetuskan amaran serta memaklumkan pihak berkuasa tentang sebarang pelanggar4n perintah ku4rantin,” katanya.

Tambahnya, pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03 3000 8856 atau e-mel support@quickmed.care sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah.

VIDEO:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER: OHBULAN