[VIDEO] Gelagat PU Riz mengajar sambil guna ‘filter’ kelakar buat ramai terhibur – Lubuk Viral

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan bagai pinang dibelah dua ini, Neelofa iaitu seorang selebriti dan ahli perniagaan popular berjaya dan suami, PU Riz atau Haris Ismail.

Kedua-dua mereka selepas mendirikan rumah tangga nampaknya tidak henti-henti menjadi tumpuan peminat apabila ramai begitu seronok menyaksikan Neelofa bahagia bersama jejaka pilihan hatinya ini.

Pun begitu, ternyata peminat juga tidak menyangka akan dapat melihat perangai lucu Neelofa dan PU Riz selalu tular di media sosial.

Terbaru, di laman Instagram peminat ada memuatnaik sedutan live PU Riz yang mengajar ‘cara untuk santuni orang’. Video itu menjadi perhatian kerana dia menggunakan filter yang kelakar.

Video:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N E E L O F A • H A R I S (@lilyrose.nlf)

Rata-rata peminat di ruangan komen tak kering gusi dengan kerenah ‘pak ustaz’ ni. Bagi peminat yang tidak terlepas live Pu Riz dan Neelofa pasti selalu tersenyum melayan kerenah pasangan manja ni.

Komen Netizen

Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Instagram @lilyrose.nlf, malaysiatime