Tiada pembantu rumah, Ain Edruce bergilir jaga anak dengan suami

Pelakon dan pengacara Ain Edruce kini memperlahankan kariernya buat sementara waktu untuk memberi perhatian penuh kepada anaknya Soraya. Menurut Ain, sebelum ini dia memberi fokus terhadap kerja tapi kini memberi perhatian kepada anak perempuannya yang baru sahaja berumur tujuh bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

“Agak bermasalah jugak untuk mencari pembantu rumah sekarang, tapi kalau boleh lagi senang lah kalau ada pembantu,

“Macam kata mak, agak senang jugak kalau ada pembantu kerana senang untuk saya bekerja”. kata Ain Edruce.

Ain turut berkata, buat masa ini kalau dia bekerja suami yang jaga anak dan kalau suami pula yang bekerja dia pula yang kena bercuti.

“Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.

“Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Dalam masa sama, Ain mengakui sekiranya mempunyai pembantu rumah pun, dia tidak akan membiarkan anaknya dijaga penuh tanpa pemantauan ahli keluarga.

Bercerita juga mengenai karier, Ain tidak meletakkan apa-apa sasaran, namun melahirkan keinginan untuk membawa pulang trofi.

“Tak kisahlah mana-mana trofi pun. Seronoknya kalau saya ada rezeki dapat anugerah. Itu antara benda yang saya impikan dan nak dicapai.

“Saya tahu memanglah menang anugerah itu sekadar trofi saja, tapi percayalah perasaan itu seronoknya pasti sukar digambarkan,” katanya.

Terdahulu, Ain berkahwin dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Youtube & Instagram Ain Edruce & Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*