Suami Jawab Sebab Pilih Heliza Jadi Isteri, Respons Heliza Buat Ramai Tergelak – Lubuk Viral

Selepas sah diijab kabul, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam majlis resepsi di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur malam tadi.

Tampil dengan busana sedondon berona merah jambu, para tetamu undangan pasti tidak lekang dari melihat pasangan merpati dua sejoli itu yang manis duduk di atas pelamin.

@missviraltv Ya Allah, suka tengok pasangan ni.Tahniah diucapkan buat Heliza Helmi dan Dato’ Sri Mahadi. Fakta suami Heliza Helmi : link in bio ? #helizahelmi ♬ Anugerah – ???? .

Berdasarkan beberapa perkongsian warganet di laman Facebook, difahamkan aturcara majlis tersebut dipenuhi dengan alunan zikir, selawat dan ayat suci al-Quran serta persembahan nasyid.

Tidak cukup dengan itu, para tetamu juga terdiri daripada golongan ulama dan agamawan selain sesi tazkirah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Wadi Anuar.

“Tahniah kepada kedua mempelai, Heliza dan suaminya. Apa pun tenang tengok kedua mempelai ni dan paling best tetamu yang datang orang orang hebat. Berkumandang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Dan sedikit majlis ilmu dari Ustaz Wadi Anuar. Subhanallah. Pemakaian pengantin perempuan pun sejuk mata memandang,” tulis seorang pengguna Facebook, Siti Sharmilah Kamil.

Menerima takdir Ilahi untuk akhiri zaman bujang pada usia 38 tahun, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman percaya jodohnya bersama Heliza Helmi merupakan perancangan serta nikmat terbesar daripada Allah SWT untuknya. Ketika meluahkan semua isi hatinya, si isteri yang berdiri di sebelah sempat berseloroh seperti tidak percaya akan kenyataan itu.

 “Ye Ke?” katanya sempat main-main dengan kenyataan suaminya itu.

@tiez_ieda Memang suka tgk #HelizaHelmi ni sbb sgt jaga aurat dari dulu smpi skrg.. Dato pulak sweet jgk orgnya,moga mrk bahagia smpi syurga ?? #fyp ♬ bunyi asal – tiez_ieda

Masha Allah, banyak menyanyi ya semenjak dua menjak ni…Saya kahwin dengan penyanyi

Sepanjang sesi pemberian ucapan oleh kedua-dua mempelai malam tadi, pengantin perempuan tidak menyangka suaminya akan banyak menyanyi. Heliza Helmi sendiri menggunakan peluang yang ada untuk mendendangkan lagu berjudul ‘Dilamar’ khas buat lelaki berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?Hazwani Helmi (@hazwanihelmi)

Terima kasih kepada semua yang datang, bila orang tanya saya nak hadiah apa? Saya cuma nak doa

Sebagai penutup kata, wanita yang dikenali sangat aktif dalam misi kemanusiaan itu berterima kasih kepada semua hadirian majlisnya. Bukan itu sahaja, dia juga memohon agar semua orang dapat mendoakan agar perjalanannya dalam berumah tangga ini diredai Allah.

Rata-rata warganet memuji konsep majlis penuh bermanfaat itu serta tidak lupa mendoakan agar hubungan Heliza dan suaminya kekal bahagia hingga ke syurga dan diredhai Allah SWT.

Jom kita ‘usha’ koleksi foto pengantin baharu hasil perkongsian dua orang jurugambar, @aqo_imran dan @nb.co_ di laman Instagram. Sejuk mata memandang!

Heliza atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi sah menjadi isteri kepada jutawan berkenaan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Facebook , Instagram @aqo_imran & @nb.co_