Minat Heliza Helmi Sejak 2019! Nurulhidayah Kongsi Perbualan Mahadi Mengenai Calon Isteri – Lubuk Viral

Umum mengetahui penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.

“Dapat Jugak ‘Dream Girl’ Dia Sejak 2019”-Nurul Zahid

Namun siapa sangka, Heliza sebenarnya merupakan gadis idaman yang diimpikan oleh jutawan perniagaan itu sejak tahun 2019. Menerusi posting di Instagram, anak kepada presiden UMNO, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Mahadi suatu ketika dahulu.

“Semua sudah tertvlis. Dapat jugak dia ‘dream girl’ dia sejak 2019 dia ‘teropong’ dari jauh”- dedah Nurul

Heliza Tetap Menjadi Pilihan Walau Diperkenalkan Dengan Ramai Calon

via Instagram @aqo_imran

Tambah Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul, dia sudah memperkenalkan ramai calon isteri kepada Mahadi namun, sudah ditakdirkan bahawa Heliza adalah jodoh terbaik buatnya.

“Kenalkan dengan ramai  jugak tapi dia nak njugak DREAM GIRL dia sampai dapat. Owhh wel. Alhamdulillah dapat dah!”- kata Nurul lagi

 


Kami di Lubuk Viral mengucapkan selamat pengantin baru buat Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Semoga kekal hingga ke Jannah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Murai my