Memori pertama tahun 2022, Artis ini tiba2 jatuh terduduk “Happy New Year Guys” – Lubuk Viral

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah selebriti terutamnya penyanyi apabila menjadi artis yang akan memeriahkan sesuatu majlis sambutan ambang tahun baru baik secara terbuka mahupun acara tertutup.

Hal ini samalah seperti yang dilakukan penyanyi wanita, Nabila Razali apabila menjadi selebriti jemputan untuk mendendangkan lagu di majlis sambutan tahun baru yang diadakan secara tertutup.

Namun begitu, situasi tidak dijangka apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu tiba-tiba terpelecok dan terjatuh semasa hendak menaiki pentas.

Situasi berkenaan telah dimuat naik sendiri Nabila di media sosialnya dengan menulis kapsyen ‘bagaimana dia memulakan tahun 2022’ pada ambang tahun maru malam tadi.

Walau bagaimanapun, tindakan penyanyi itu yang pandai cover selepas insiden memalukan itu mendapat pujian kerana dia tetap bangun dan kembali memeriahkan acara. Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang melihat persembahannya.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu.

Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut jatuh terduduk di lantai.

Tampil Promosi Lagu Baru Di Meletop, Peminat Puji Suara Nabila Razali – ‘Serius Dah Banyak Perubahan’

Sebut sahaja nama, Nabila Razali sudah pasti rata-rata dalam kalangan netizen masih teringat kembali cara nyanyian Nabila Razali tatkala menyampaikan lagu ‘Peluang Kedua’ di beberapa acara besar pada tahun ini.

Terbaru, Nabila Razali dilihat hadir di program Meletop bagi mempromosikan single terbarunya iaitu Putus.

Trending di Youtube

Menurut Nabila, lagu baru ini tiada sebarang gimik. Tambahnya, karya yang dihasilkan ini tulus dan jujur dari hati. Ujar Nabila, lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertamanya dengan komposer Singapura, Erwin Purnama.

Alhamdulillah, selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu untuk dihadiahkan buat peminat. Putus merupakan karya pertama saya berkolaborasi dengan komposer luar sepanjang lapan tahun berada di dalam industri seni. Saya harap peminat dan pendengar suka lagu ini dan terus beri sokongan.

Jelas Nabila, lagu tersebut dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Meskipun, sudah dua minggu dilancarkan di Youtube, Nabila meluahkan rasa syukur apabila ‘Putus’ trending di platform Youtube.

Menusuk kalbu

Nabila turut menyanyikan lagu ‘Putus’ secara live di Meletop. Menerusi persembahan yang dilakukan, rata-rata netizen kagum melihat cara nyanyian Nabila. Menurut netizen, Nabila sudah ada kemajuan dari segi nyanyiannya. Tambah netizen, mereka yakin Nabila seorang yang kuat

Sumber: Instagram Nabila Razali

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  http://limauasamboi.pw/