INSAF dan menyes4l… Demikian luahan penyesalan usahawan kontrov3rsi Ahmad Iqbal Zulkefli dengan tindak tanduknya sebelum ini meraih publisiti segera menggunakan kisah percintaannya dengan Datuk Seri Vida.
Akui Iqbal, 28, ketika isu perancangannya untuk berkahwin dengan Vida atau Hasmiza Othman, 51, menjadi bualan hang4t sekitar penghujung Ogos tahun lalu, dia sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sendiri.
“Diakui selama ini saya memilih cara yang tidak tepat untuk popular.
“Ada yang sengaja dibuat-buat untuk content semata-mata. Tindakan saya ke arah kontrov3rsi tu memang dibuat dengan niat,” katanya ketika dihubungi mStar.
Cerita percintaan antara Iqbal dan bekas majikannya itu kembali muncul pada Ogos 2021 apabila kedua-dua mereka begitu terbuka berkongsi mengenainya di media sosial.
Iqbal akui tertekan ingin membina nama sehingga timbulkan kontr0versi.
Malah Iqbal turut mended4hkan bahawa Vida pernah melakukan ujian kesubur4n pada 2018.
Bukan itu sahaja, Iqbal terus meraih publisiti termasuk menerusi aksi mencampak sejumlah wang kertas di hadapan wartawan mStar semata-mata mahu membuktikan kekayaannya kepada orang ramai.
Menjelaskan lanjut tentang kontrov3rsi yang sengaja dicipta itu, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan terdesak untuk membina nama agar lebih dikenali.
Kini saya rasa menyesal dan rasa tak puas hati dengan tindakan saya sebelum ini.
IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN
“Mungkin ia berlaku disebabkan saya begitu tertekan untuk membina nama sehingga sengaja cetuskan kontr0versi.
“Tapi kadang-kadang bukan saya buat pun, tapi tetap terjadi kontrov3rsi.
“Kini saya rasa menyesal dan rasa tak puas hati dengan tindakan saya sebelum ini. Walau apapun tetap saya yang bersalah,” katanya.
Iqbal berharap orang ramai terima perubahan dirinya.
Namun memasuki tahun baharu 2022, Iqbal berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi dan kehidupannya di media sosial.
Ujar Iqbal dia berazam untuk melakukan perubahan positif untuk dirinya pada tahun 2022.
“Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi hal hubungan percintaan, kewangan dan kehidupan peribadi saya.
“Perkara paling besar yang saya belajar daripada kontroversi sebelum ini ialah mengenai perbuatan saya menc4mpak duit. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.
“Pada akhirnya kita memilih untuk berbuat baik dengan sesiapa saja dan lebih banyak muhasabah diri sebab duit bukan pengukur kebahagiaan,” ujarnya.
TONTON VIDEO IQBAL CAMPAK DUIT!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: mstar