Lama Tak ‘Pekena’ Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Pergi Pulau Pinang – Lubuk Viral

Seperti yang diketahui, kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sudah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berdamai.

Lama tak makan nasi kandar

Pasangan ini memilih bersikap terbuka berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing.

Terbaru, Nynaa memuat naik sebuah video yang memaparkan mereka bercuti di Pulau Pinang. Menerusi rakaman itu, Nynaa dan Fahmi, 29, kelihatan menaiki jet peribadi bersama seorang individu yang tidak dapat dikenalpasti siapa.

Perkongsian pelakon berumur 25 tahun itu telah mencvri perhatian wargamaya. Rata-rata pengikut tertarik dengan jet peribadi yang dinaiki pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal yang bukan calang-calang orang mampu naik.

Selain itu, warganet turut tumpang gembira melihat senyuman yang terukir pada pelakon drama Kekasih P4ksa Rel4 selain mendoakan agar rumah tangga ini kekal hingga akhir h4yat.

Terdahulu, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mend4kwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penc3raian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan k3s berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa did4kwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Bagaimanapun, pada 11 November, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Oh Bulan