Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai majlis perkahwinan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang did4kwa melangg4r prosedur operasi standard (SOP).
Menjelaskan mengenai dakwa4n tersebut, adik kepada Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose berkata majlis kakaknya itu tidak mel4nggar SOP dan video tular itu adalah selepas sesi fotografi.
“Sebenarnya tiada istilah melangg4r SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
“Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos v4ksin C0v!d.19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.
“Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap,” katanya.
Sedia memberi kerjasama jika dipanggil pihak polis, Raysha berkata dia percaya rata-rata yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahayanya virvs itu apatah lagi sudah dua tahun Malaysia berdepan pandemik.
“Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.
“Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.
“Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP,” katanya.
Terdahulu, polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan terbabit di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP.
Langg4r SOP: Pasangan selebriti sedia beri kerjasama
Bentong: Pasangan selebriti terkenal sedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan selepas pulang dari menunaikan umrah susulan tular video majlis perkahwinan di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis sudah menghubungi pasangan selebriti terbabit dan mereka kini sedang mengerjakan umrah.
Menurutnya, mereka akan memberi kerjasama selepas selesai menjalani kuar4ntin sebaik pulang dari mengerjakan ibadat itu.
“Selain itu polis juga akan memanggil individu (pelakon lelaki) yang menyambut bunga dalam video tular terbabit kerana dia yang memuat naik dalam media sosial.
“Pemilik villa terbabit juga akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP PPN Fasa 4.
Polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.
Hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: http://trendingsangat.pw/