“Menyerah je lah” – Mainan Hilang Dalam Banjir, Tapi Jawapan Adik Ini Buat Ramai ‘Salute’ – Lubuk Viral

Ketika banjir besar melanda beberapa negeri minggu lepas, orang ramai kehilangan banyak harta benda seperti perabot, laptop, kereta dan bermacam-macam lagi.

Perkara ini sangat menyedihkan ramai pihak dan tanpa diduga bukan kita yang dewasa ini saja merasakan kesedihan kehilangan harta benda ni, kanak-kanak pun terkesan sama kerana banyak mainan mereka hilang dibawa arus banjir.

“Menyerah je lah” 

Perkara ini mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang, namun perkongsian dari TikTok @annejustanne ini sangat menyentuh hati netizen apabila seorang kanak-kanak dilihat sangat matang dalam menjawab soalan berkenaan mainannya yang hilang.

Menerusi perkongsian itu, seorang budak lelaki dilihat sedang membantu keluarganya membersihkan rumah mereka yang rosak akibat banjir.

Dia kemudian berkongsi mengenai permainan robot yang baru dia beli tempoh hari hilang akib4t dibawa arus banjir.

Namun bila ditanya apa perasaannya bila tengok semua mainannya telah hilang, dia hanya menjawab ringkas,

Menyerah je lah.”

Allahu dik.. sebak akak mendengarnya… 

Video:

 

“Adik tinggal mana? Aunty nak belikan awak robot baru”

Ramai di kalangan netizen yang melihat video ini merasa sangat tersentuh dengan kata-kata adik tersebut dan ada juga yang menawarkan ingin membeli hadiah robot buat adik ini. Baiknya hati netizen semua! 

Kuatnya adik ni kan… Harap tak sedih-sedih lagi ye sebabkan mainan yang hilang tu. 

Komen Netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Lobak Merah