Gadis d3rita eczema hilang nikmat makan guna tangan! Jari mudah berdarah, kedut macam orang tua – Lubuk Viral

SARUNG tangan kebiasaannya digunakan antara lain untuk menyediakan makanan, namun gelagat seorang wanita ini memakai sarung tangan sebelum menjamu selera, ternyata mencuri tumpuan orang ramai.

“Nak makan mana-mana kena bawa glove sendiri ya baru puas makan,” tulis Farisya Rusle, 20, di media sosialnya.

Bukanlah seorang ‘penggeli’ apatah lagi hendak mengada-ngada, Farisya yang mesra dipanggil Pica berkata, dia sebenarnya terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi kulit tangannya yang mudah mengelupas.

Jelas peniaga oden ini, dia disahkan mengidap eczema sejak mula menjalankan perniagaannya itu pada tahun 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya ada eczema sejak saya buka kedai, tahun lepas, dua-dua belah tangan saya jadi mengelupas dan jadi kudis.

“Dari situ mula saya dah tak boleh pegang atau guna sabun basuh pinggan dah sebab akan jadi lagi tervk,” katanya yang menetap di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Gerai Oden milik Pica.

Keadaan tangannya yang kering ditambah pula dengan kulit tangan yang menipis membuatkan tapak tangannya s3nsitif dan mudah terluka.

Ini bukan sahaja membataskan penggunaan tangannya, tapi turut menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan rasa sakit yang berpanjangan.

“Segala benda jadi susah, contoh paling jelas bila nak makan makanan pedas, memang kalau lepas makan tu pedihnya teramat sangat sebab tangan dah nipis, kemudian kalau nak pegang sesuatu macam duit memang susah, tambah saya meniaga pula.

“Nak angkat barang berat pun mencabar juga… jadi sakit.

“Tangan saya juga senang luka walaupun kena benda tajam sikit je, memang boleh dikatakan hari-hari tangan saya berdarah,” katanya, sambil menambah, dia akan membawa sarung tangan setiap kali keluar untuk digunakan pada waktu makan.

Tangan Pica sering berdarah disebabkan masalah Eczema.

Bukan itu sahaja, Pica, turut menghadapi masalah untuk melakukan urusan rasmi kerana cap jarinya sukar untuk dikesan.

“Saya pernah buat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), staf yang kerja tu yang tolong bagi losyen tapi tetap juga tak boleh baca cap jari saya sebab mengelupas.

“Jadi saya kena buat surat khas untuk mereka yang tak ada cap jari ni, tapi disebabkan hari tu jari saya dah lega sikit, jadi saya tak jadi buat.

“Tapi benda ni macam mana pun tetap akan jadi balik, jadi saya reda je la,” katanya.

Cap jari Pica sukar dibaca.

Dia turut mengakui rasa sedihnya akibat kehilangan nikmat untuk makan dengan menggunakan tangan.

“Memang kadang sedih juga la sebab sebelum ni boleh makan macam biasa, tambah pula saya ni jenis yang makan pedas.

“Sekarang nak makan nasi pun tak ada nikmat dah sebab makan dekat rumah kebanyakan guna garfu je sekarang,” katanya.

Menurut Pica, tangannya kini bergantung kepada Vaseline untuk membantu melembabkan bahagian itu di samping mengelakkan kulitnya mengelupas.

“Saya pakai hari-hari, saya pernah pakai ubat doktor tapi masih jadi balik, sekarang saya berharap pada losyen biasa je.

“Sekarang dah okay banyak berbanding dulu, dulu lagi teruk sampai tengok jari sendiri macam orang tua, berkedut, sakit lepas tu dengan lukanya lagi,” katana.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mstar