BAGI wanita ini, tindakan yang dilakukan sangat wajar demi menjaga hubungan dengan teman lelakinya.
Namun bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan olehnya dianggap melampau dan tidak masuk akal.
Menurut wanita ini, dia akan membuat panggilan video FaceTime dengan teman lelakinya selama 12 jam, sepanjang syif kerja buah hatinya itu.
Menggelarkan dirinya sebagai @flackoandnela, wanita itu berkata dia tidak percaya dengan rakan sekerja teman lelakinya.
“Dia perlu buat panggilan video bersama saya selama 12 jam sebab saya tak percaya wanita di tempat kerjanya,” ujar wanita itu.
Video:
Malah, dia turut berkongsi mengenai tindakannya itu menerusi aplikasi TiKTok.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut dikecam atas tindakannya yang dianggap mel4mpau.
Malah, ramai netizen memberi cadangan agar dia memberi ruang untuk teman lelakinya bekerja dengan tenang.
Komen Netizen:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber : mStar