Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui dia dan suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran harus berdepan dengan pelbagai cabaran beberapa hari menjelang hari bahagia mereka. Menurut Uyaina, segala persiapan harus dirancangkan semula kurang daripada 24 jam memandangkan pihak yang sepatutnya menyiapkan pelamin terpaksa membatalkan kerja-kerja mereka kerana segala peralatan dikatakan telah tenggelam akibat banj1r.Katanya lagi, dia dan Syahiran tetap reda dengan segala ujian yang menimpa mereka ketika ini. “Sebenarnya malam berinai yang sepatutnya berlangsung pada Isnin, kami terpaksa batalkan. Inai yang saya pakai sekarang ini pun hanya dibuat di bilik sahaja. “Kami buat pyjamas party sahaja. Hanya saudara mara sahaja yang datang dan pakai baju tidur je. Saya berinai sorang-sorang dan kami ‘have fun’ sesama sendiri sahaja.
“Sepatutnya tema arabian night tapi terpaksa postponed. Pelamin yang asal juga sebenarnya telah tenggelam dalam banjir. Pihak pelamin memang tak boleh nak teruskan. “Kami tetap berlapang dada dan reda. Terima kasih juga kepada pihak perancang perkahwinan yang sunggup jadi bidan terjun. Persiapan majlis ini hanya satu malam sahaja,” katanya kepada MH.
Jelas Syahiran pula, meskipun harus berdepan dengan pelbagai dugaan namun, dia tetap reda kerana perkara wajisbiaitu majlis ijab kabul telah pun berjalan dengan lancar. “Yang penting hubungan kami halal. Perkara yang lain kami letak sebagai nombor dua. Yang penting majlis ijab kabul dapat berjalan dan dihadiri para keluarga.
“Saya tahu ramai ketika ini ditimpa musibah. Saya juga terkesan kerana rumah saya di Subang Jaya turut terputus bekalan elektrik. Tapi saya tidak mahu jadikan ini sebagai isu kerana ada orang yang ditimpa musibah lagi besar. “Kami hanya mahu kekal positif. Majlis pernikahan harus tetap berjalan. Sejujurnya kami tidak sedih. Pada 19 hari bulan haritu, kami berjumpa dan hanya tergelak memikirkan ujian yang kami hadapi,” jelasnya lagi.
Pasangan tersebut berkata sedemikian ketika ditemui media selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Colony By KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa. Bagaimanapun, Syahiran enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kerugian yang terpaksa mereka hadapi kerana menyifatkan ada lebih ramai individu di luar sana yang berhadapan dengan dugaan yang lebih teruk.
Katanya lagi, dia dan Uyaina akan merancang semula soal aktiviti berbulan madu mereka di Eropah sebaik sahaja keadaan kembali normal. “Rugi itu memang ada tapi rasanya tak manis untuk saya kongsikan jumlahnya sebab ada ramai lagi yang lebih terkesan. Kalau saya kongsikan pun ada lagi yang lebih teruk.
“Bulan madu di Eropah juga terpaksa dibatalkan memandangkan varian Omnicron kini sedang mengganas. Bila semua reda nanti kami akan rancang yang lain. “Famili saya yang ada di UK pun sekarang ini ada yang terkena Covid-19. Patutnya 23 Disember ini kami bertolak. Apapun kami tetap reda dan yang penting kami sekeluarga ada untuk sesama sendiri,” akhirinya.
Dalam majlis yang berlangsung pada Selasa, Syahiran telah selamat bergelar suami kepada Uyaina dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi. Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Sumber: MH
Hampir Dua Tahun Bercinta. Dengan Sekali Lafaz Raja Syahiran Dan Uyaina Arshad Salamat Bergelar Suami Isteri.
KUALA LUMPUR : Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Raja Syahiran,28, dengan sekali lafaz pada pukul 9.03 pagi tadi dalam sebuah majlis yang diadakan di Ibu Kota.
Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah dinikahkan oleh abang kandungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah dan dua orang saksi.
“Alhamdulillah. Majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis. “Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.
Pada majlis pernikahan mereka itu, Syahiran Raja Azhanrianshah telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina. Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi. Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan wabak varian baru Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya. Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang merupakan akronim Uyaina Raja Syahiran dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.
Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat Ummi kepada aktres itu, Siti Noor Farah. Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Nampak Bentuk Kaki Masa Tengah Live. Warganet Tegur Uyaina Arshad Secara Baik Jadi Perhatian.
Penampilan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menjadi tumpuan wargamaya malam tadi ketika dia menjadi hos program MeleTOP bersama Nabil Ahmad.Uyaina, 29, memilih untuk menggayakan baju berwarna putih bersama skirt kembang biru daripada koleksi pereka fesyen, Ghaania.
Biarpun nampak cantik dan ‘anggun’ dengan koleksi Swan in Fantasy, Uyaina menerima komen daripada segelintir pengguna media sosial apabila mereka mendakwa nampak bentuk kaki pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad. Harus diberi pujian kerana warganet tidak terus mengkrtik atau mengeluarkan kata-kata tidak baik tetapi memilih menegur dengan cara baik.
@nrna.zmeea: Awak saya nak tegur. Kaki awak nampak sangat dekat MeleTOP.
@ytiezaid: Maaf tapi tadi masa live Mele TOP nampak separuh kaki atau pakai stokin atau legging warna kulit?
Pakai stokin di dalam
Tidak ingin berlanjutan, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa tampil memberi jawapan menerusi salah satu komen yang diterima. Kata kekasih kepada penyanyi, Raja Syahiran, dia mengenakan stokin berwarna ‘skin’ atau kulit ketika program siaran langsung itu.
Sumber: Instagram @meletop, @uyainaarshad.
Masih Dalam Proses Perbincangan. Uyaina Arshad Terpaksa Batalkan Hasrat Berkahwin Di Atas Kapal Kerana Ini.
Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad dan tunang, Raja Syahiran mengakui mereka masih di dalam proses perbincangan bagi menetapkan tarikh perkahwinan yang sesuai berikutan negara masih berada dalam musim wabak COVID-19.
Ujar Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia dan Syahirah mengimpikan sebuah majlis yang ringkas dan intim untuk meraikan hari bahagia mereka berdua bersama tetamu jemputan.
Cerita pelakon drama Love Elsa ini lagi, pada mulanya dia memiliki hasrat untuk berkahwin di atas kapal yang berkonsepkan mewah namun setelah meningkat dewasa, dia hanya inginkan majlis yang ringkas, intim dan merasakan tempoh pandemik ini adalah waktu terbaik.
Persiapan itu memang ada, cuma dalam waktu dan keadaan yang bagaimana, itu akan dibincangkan. Tarikh pun masih pilih-pilih sebab semuanya bergantung pada keadaan.
Perkembangan terkini, Uyaina kini muncul dalam filem terbaru berjudul Siapa Tutup Lampu? di mana dia membawakan watak Azie di dalam naskah bergenre seram tersebut.
Malah, dia juga berkesempatan untuk melakonkan beberapa babak di dalam bilik mayat dan merasakan ia sebagai sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Filem Siapa Tutup Lampu? ini juga dibintangi pelakon hebat lain seperti Naim Daniel, Azizul Ammar, Ismi Melinda, Afieq Shazwan dan ramai lagi.Diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman, filem ini sudah boleh ditonton di saluran Astro First (480).
Sumber: Astro Gempak.
Uyaina Jalankan Perniagaan Bersama Kekasih. Tapi Ianya Bukan Untuk Ke Fasa Seterusnya Dan Ini Tujuan Utamanya.
Umum tahu mengenai kisah percintaan pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad dengan penyanyi Raja Syahiran yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Tolong rakan cari pendapatan
Meskipun sibuk dengan dunia hiburan, Uyaina dan Raja Syahiran juga sedang berjinak menceburi perniagaan bidang food and beverage. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Uyaina menyatakan bisnes tersebut dijalankan bagi membantu beberapa rakan menjana pendapatan. Ditanya sama ada bisnes diusahakan bersama adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad menafikan.
Pada mulanya, saya didekati oleh Alif Farhan yang juga mewakili kumpulan Floor 88 yang mengusahakan food court di Kampung Baru pada Disember tahun lalu. Awalnya, saya tak terfikir pun nak meniaga tapi kami mempunyai rakan dan sepupu yang ingin menjalankan perniagaan ini bersama-sama apatah lagi dalam tempoh pandemik yang penuh mencabar ini. Mereka mempunyai pengalaman dalam bisnes makanan, jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergabung dengan mereka dalam menjalankan perniagaan
Bisnes ini dijalankan bukanlah sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak bantu orang. Tapi, saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit dari pandemik. Gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru menjual masakan seperti ‘chicken chop’ dan pelbagai jenis spaghetti.
Berhadapan Pelbagai Kritik4n Sehinggakan Terdetik Mahu Mengundurkan Diri. Uyaina Arshad Luahkan Perasaan Dia
Difahamkan baru 3 minggu Uyaina Arshad yang merupakan pelakon dan pengacara mengacarakan program Famili Duo. Uyaina terpaksa berhadapan pelbagai kritikan sehinggakan terdetik mahu mengundurkan diri.Uyaina yang membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan bagaimanapun menjadikan ia pembkar semangat untuk terus memperbaiki diri.
“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembkar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini. “Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan,” katanya.
Baginya, enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan berjaya. “Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu.
“Bagi saya proses untuk menjadi bagus itu bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya. Famili Duo adalah program realiti berkongsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka. Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.
Kini Uyaina Arshad Pula Mendapat Kejutan Dari Kekasih Di Live Meletop. Ibunya Restu Jadi Menantu.
Minggu lepas, satu Malaysia dikejutkan dengan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap pilihan hatinya Uqasha Senrose ketika berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2020. Pelakon lelaki itu mengeluarkan cincin di atas pentas ketika menjadi penyampai anugerah, sementara Uqasha pula teruja melihat tindakan berani kekasihnya itu. Kini, giliran pengacara jelita Uyaina Arshad pula mendapat kejutan secara siaran langsung menerusi kaca televisyen.
Aktres drama Perempuan Tanpa Dosa itu dilihat gagal menahan air mata sewaktu menonton ucapan yang diberikan oleh ibunya tatkala mengacarakan program MeleTOP semalam. Bukan itu sahaja, dia dan Nabil dikejutkan pula dengan kehadiran seorang ‘rider sesat’ yang masuk ke set secara tiba-tiba.
Rupa-rupanya, individu di sebalik helmet tersebut merupakan buah hati aktres berusia 28 tahun itu yang juga seorang pelakon iaitu Raja Syahiran. Seterusnya mereka dikejutkan lagi dengan kehadiran ibu serta abang Uyaina yang muncul dari belakang pentas. Dalam pada itu, ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah sempat memberitahu Raja Syahiran bahawa dia mempunyai kualiti seorang calon menantu yang bagus apabila menjawab soalan daripada Nabil.
Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina adalah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia. Dia mula menjadi perhatian ramai setelah menjadi pengacara program Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini). Sumber: Youtube MeleTOP
Tular Apabila Komen Zizan Razak Itu Dibalas Oleh Kekasihnya. Kini Uyaina Tampil Ded4hkan Sesuatu Yang Mengejutkan.
Foto pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian warganet.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.
Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.
“Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun… lagi terhibur ada la. Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu,” katanya kepada mStar.
Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.
Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain. Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini. Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.
“Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni. Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit… saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: https://erakini.bbn.my/
Leave a Reply