ATM balas dakw4an Harith Iskander tidak bantu mngsa banjir. Memang padu

PETALING JAYA – Kenyataan Harith Iskander di media sosial mempersoalkan peranan Angkatan tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.

Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.

Susulan daripada perkongsian tersebut, dilihat ATM turut meninggalkan maklum balas dengan memaparkan beberapa gambar menunjukkan pihak tersebut berada di semua lokasi banjir.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia turut membalas kenyataan tersebut di ruangan komen.

“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mngsa bencana banjir.

“Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

“Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang,” katanya.

Jelasnya lagi, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia pada sebilang masa dalam memberi bantuan yang diperlukan oleh PKOB dalam misi kemanusian membantu mngsa bencana banjir yang terjejas.

Rata-rata orang ramai turut dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang dianggap mengelirukan.

“Saya tidak tahu apa niat membuat kenyataan seperti ini, seseorang individu yang mempunyai ramai pengikut harus melakukan usaha wajar sebelum memuat naik sesuatu yang boleh mengelirukan,” kata Mohammad Arif.

“Sila buka Facebook ATM, boleh jumpa banyak gambar mereka turun beri bantuan, jelas Akram.

TENTERA MALAYSIA MASUK BANTU M4NGSA BANJ1RR TANPA KELULUSAN NADMA. PANGLIMA ANGKATAN TENTERA BERPANGKAT JENERAL INI JELASKAN KENAPA TAK PERLU KELULUSAN

Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

“Pengarahan dari atas sejak dua bulan lepas, kata siap siaga, kalau dah air naik saya tidak tunggu lagi jika saya ada anggota dan aset sedia, saya akan selamatkan orang awam dahulu nak tunggu apa lagi,” katanya pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakw4an bahawa ATM turun membantu mangsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memaklumkan pihaknya bersiap siaga untuk terlibat dalam operasi banjir, sekiranya ada kenaikan air di mana-mana kawasan.

Mengakui keadaan benc4na yang dihadapi agak kelam-kabut pada peringkat awal, Affendi berkata perkara itu sentiasa berlaku dalam keadaan benc4na di mana-mana tempat.

“Kalau di Amerika Syarikat pun, ketika taufan berlaku mereka juga menghadapi masalah yang sama tetapi itu tidak semestinya menjadi titik noktah, kita perlu perbaiki dari situ.

“Sudah tentu pada hari pertama, keadaan kelam-kabut tetapi sekiranya semua orang berusaha bersama-sama dan memainkan peranan mereka, kita boleh selesaikannya dan kurang orang yang mend3rita,” katanya sambil menambah waktu darur4t ketika ini, semua pihak perlu bekerjasama.

Affendi berkata pada waktu benc4na, tidak ada satu sistem pun yang betul untuk memenuhi semua jenis musibah dan satu-satunya cara adalah semua orang bekerjasama dan menyelesaikannya. Memang pada mulanya kita akan kelam-kabut tetapi selepas menempuhnya semua akan diselesaikan.

Beliau berkata ATM kini bersedia untuk menghadapi musim Monsun yang biasanya akan mengakibatkan banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Ingin saya ingatkan bahawa untuk bencana banjir ini, saya fikir kita harus bersedia, (situasi) terburuk belum berakhir. Monsun ini belum sampai lagi di kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan kawasan tradisi. Jadi anggota kami semua berada di sana untuk memastikan jika apa-apa berlaku mereka akan berada di tempatnya,” kata beliau.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Sumber : BERNAMA via MALAYSIA KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*