Sweet Lah… Sebelum Pergi Umrah, Kamal & Uqasha Buat Surprise Birthday Datuk AC!

Pelakon dan pengacara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), Datuk AC Mizal menyatakan rasa terharu mendapat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya.

Lebih manis lagi, kejutan itu dibuat istimewa oleh pasangan pengantin baru iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Menurut AC, perasaannya bercampur baur menerima kejutan tersebut selain bersyukur kerana dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik hati

“Ya Allah terharu sangat-sangat bila adik-adik saya datang surprise birthday saya, datang bawa cake, bawa present sampai ke rumah.

“Yang paling sangat terharu tu yang datang surprise dari pasangan pengantin baru paling hot, @uqashasenrose2 @kamaladli.

“Terima kasih banyak-banyak tak tahu nak cakap macam mana, rasa bersyukur sangat-sangt pada Allah dapat berkawan dengan orang baik-baik macam both of you,” tulisnya.


Dalam pada itu menerusi coretan yang sama juga, Datuk AC memaklumkan Uqasha dan Kamal bakal menunaikan umrah tidak lama lagi.

“Saya doakan semoga bahagia hingga Jannah dan selamat menunaikan umrah kepada anda berdua. Terima kasih sangat-sangat from the bottom of my heart,” coretnya.

Selain AC, Uqasha juga turut terlibat dalam MLM2021 dan berperanan sebagai juri tetap.

 

Komen Netizen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*