Kalau Sudah Namanya Jodoh… Oktovia Manrose Kahwini Kenalan Yang Dipertemukan Semula

Dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose atau nama sebenarnyw, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman,30, telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada Selasa.

Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan hari bahagia mereka di MAGICA Quill Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu mengikuti prosedur operasi standard SOP.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Walaubagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Oktovia dan Khairul telah berkenalan sejak tujuh tahun yang lalu menerusi ahli keluarga terdekat sebagai kawan biasa. Namun, perasaan terhadap satu sama lain mula timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Oktavia mengakui keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menjadi antara sebab dirinya tertarik menjadikan Khairul sebagai suami.

Ini kerana, mereka mempunyai persamaan atas tujuan yang sama iaitu untuk mendekatkan diri kepada Illahi.

Turut menaja majlis pernikahan pasangan raja sehari ialah Picturesquare production untuk foto dan video majlis, Arinaa Craft untuk doorgift dan Azam Pandan Sdn. Bhd untuk kek pernikahan.

Sementara itu, hari bahagia mereka Oktovia dan turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Iwan dan Datuk Nash.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Uqasha Senrose serta suaminya Kamal Adli, Nelydia Senrose, Emma Maembong dan ramai lagi.

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian berc3rai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

Foto: Picturesquare Production

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: MH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*