LEBIH dua tahun berkenalan, pelakon Uyaina Arshad akhirnya selamat bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran dengan sekali lafaz pada pukul 9 pagi, Selasa di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dinikahkan oleh abang kandungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad dengan disaksikan oleh Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah.
Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun berdepan dengan pelbagai dug4an.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir buruk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya kepada mStar.
Sama cantik sama padan, Uyaina dan Raja Syahiran kini suami isteri.
Sama cantik sama padan, Uyaina dan Raja Syahiran kini suami isteri.
Pemilik nama Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas kepada Uyaina.
Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.
Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.UYAINA ARSHAD
PELAKON
Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan bimbang dengan penul4ran varian baharu C0v!d.19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Dua tahun bercinta Uyaina dan Raja Syahiran akhirnya disatukan.
Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang merupakan akronim ‘Uyaina Raja Syahiran’ dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.
Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan kepada Ummi kepada aktres itu, Siti Noor Farah.
Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombongan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : mstar
Leave a Reply