MB tampil beri penjelasan punca sebenar banjir terbvruk di Selangor

SHAH ALAM: Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dil4nda banjir.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan telah mencecah 380mm.

“Jumlah ini adalah lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini iaitu kira-kira 180mm. Air pasang di kawasan-kawasan terlibat banjir pula mencecah hingga 4.5 meter,” katanya dalam

kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata susulan itu beberapa langkah sedang dan akan diambil termasuk membabitkan keselamatan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang paling terkesan.

Katanya setakat 5 petang tadi, daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mengoperasikan 46 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 3,582 mngsa banjir.

Menurut Amirudin, kesemua mangsa di PPS akan melalui saringan C0V!D.19 secara berkala dan percuma untuk mengelak tercetusnya kes C0V!D-19 dan PPS khusus akan disediakan bagi mngsa yang dikesan p0sitif C0V!D.19.

Beliau berkata aset-aset kerajaan negeri serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah khususnya kenderaan red4h banjir bagi pemindahan mngsa serta pengagihan barangan keperluan asas manakala Air Selangor diarah menyediakan tangki air bergerak di PPS.

“Kesemua usaha ini akan dikoordinasi oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam selain pasukan sukarelawan Team

Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) akan digerakkan bagi membantu proses penempatan penduduk di PPS, mengagihkan bantuan awal serta pembersihan selepas air pasang mula surut,” katanya.
Amirudin berkata 134 pintu air terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang bagi mengelakkan air melimpah keluar ke kawasan-kawasan perumahan penduduk yang berdekatan kunci air.

“Sebanyak 93 pam turut beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke sistem perparitan sungai bagi mengawal kejadian banjir,” katanya sambil menambah orang awam yang memerlukan pertolongan boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920.

EMPANGAN Klang Gate

Air empangan Klang Gate dilepaskan berperingkat

Kuala Lumpur: Polis Daerah Ampang Jaya, kini dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan pelepasan air dari Empangan Klang Gate, Hulu Kelang, yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.

Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semua pegawai dan anggota di daerah Ampang Jaya diletakkan dalam keadaan siap sedia berhubung segala kemungkinan yang bakal berlaku susulan tindakan pelepasan air empangan.

“Pada masa ini keseluruhan kekuatan kita adalah membabitkan lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sendiri.

“Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya kepada BH.

Mohamad Farouk berkata, proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam.

“Sehubungan itu, saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Katanya, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga anda menjadi keutamaan kami berbanding dokumen penting dan harta benda yang mungkin rosak akibat bencana,” katanya,

— BERNAMA

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*