KUALA LUMPUR: Bayaran Fasa 3 bagi Bantuan Khas COV!D19 (BKC) akan dibuat mulai Isnin ini membabitkan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan peruntukan itu seramai 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 mendapat manfaat.
Katanya, dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pand3mik C0V!D-19.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Khas COV!D.19 (BKC) sudah diselesaikan pada September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my dan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.
Dalam pada itu, Menteri Keewangan Malaysia juga ada memuat naik perkongsian di akaun Facebook beliau
Pembayaran Bantuan Khas COV!D19 (BKC) Fasa 3 bermula 20 Disember 2021
Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan C0V!D.19
LEBIH RM5.6 bilion dibelanjakan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat COV!D.19.
Dalam tempoh hampir dua tahun, lapan pakej dilancarkan membabitkan lebih 30 inisiatif, yang juga bertujuan melindungi rakyat daripada w4bak itu.
Bermula 23 Mac 2020, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi menangani impak COV!D.19 seterusnya memastikan kesejahteraan rakyat menerusi pakej BKSS 1.0.
Sejumlah RM974.75 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan langsung oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi dan mengurangkan beban rakyat.
Ia merangkumi penangguhan pembayaran balik pinjaman, pengecualian pembayaran, diskaun perkhidmatan asas kerajaan berjumlah RM179.79 juta untuk tahun 2020.
Kurang sebulan selepas pelancaran BKSS 1.0 iaitu pada 10 April 2020, kerajaan GPS Sarawak mengumumkan pula BKSS 2.0 dengan peruntukan RM1.1 bilion, bagi membantu perusahaan kecil dan sedehana (PKS), perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil, termasuk dana khas RM1,500 kepada 65,000 peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pakej rangsangan kerajaan negeri berterusan dengan pelancaran BKSS 3.0 pada 8 Mei 2020 yang menyediakan peruntukan dana tambahan sebanyak RM0.3 bilion.
Pada 23 Oktober 2020, pakej BKSS 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM0.1 bilion dilancarkan yang menggariskan tujuh inisiatif bagi mengurangkan kesan p4ndemik COV!D.19.
Antaranya, diskaun bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), bantuan ‘one off’ RM500 untuk pemandu e-hailing dan pengajar sekolah memandu serta potongan 50 peratus disediakan untuk sewa gerai.
Pakej BKSS 5.0 dilancarkan pada 21 Januari 2021 membabitkan peruntukan RM0.5 bilion. Bantuan kali ini juga diberikan kepada rakyat yang dilanda banjir.
Kesinambungan pakej bantuan khas diteruskan pada 28 Mei 2021 dengan pelancaran BKSS 6.0 dengan peruntukan bernilai RM1.4 bilion.
Pada 4 Ogos 2021, BKSS 7.0 dengan peruntukan lebih RM0.8 bilion dilancarkan, khusus untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.
Pada 14 Oktober 2021, Abang Johari mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM78.5 juta menerusi pakej BKSS 7.0 Plus, bagi membantu usahawan yang terjejas.
Pakej BKSS 8.0 diumumkan pada 12 Oktober lalu, dengan peruntukan RM0.3 bilion, merangkumi bantuan kewangan one-off, yang akan disalurkan pada enam bulan pertama tahun 2022.
Semua bantuan ini pasti akan berterusan bagi memastikan kebajikan rakyat Sarawak yang terkesan akibat COV!D.19 terus terbela dan mereka mampu bangun pasca p4ndemik.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg – Foto BERNAMA
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber :trending sgt
Leave a Reply